Saturday, 26 June 2010

Bowling Zone Setapak 2010



Invitation - Bowling Tournament Zone Setapak 2010.
26hb June 2010,
10.00 a.m
Selayang Mall.

Bunyinya seronok bukan main!!.. Almaklumlah dah agak lama jugak tak main bowling ni.... rasa rasanyalah, kali terakhir bermain tu kat "Brem Mall Kepong", itupun setahun setengah yang lalu, manakan tidaknya nak main bowling sorang sorang bosan jugak, asyik asyik kita, pastu kita, kita jugak... penat tu..!





Bila dapat tahu ada bowling Tournament ni, semangat tu mulalah, nak dikatakan teruja sangat tu tak adalah, setakat nak main main, seronok seronok sendiri,, kira boleh!.... lah!. Tapi nak menawarkan diri tu malu lak... nanti orang kata "hidung tak mancung pipi pulak tersorong sorong" Tetapi setelah beberapa hari ( 2 minggu sebenarnya ) masih lagi kedengaran Puan Fathiah tertanya tanya kesana kesini siapa nak "join team", hasilnya masih jugakkkk....., cam tu, tak ada pun orang yang sudi menawarkan diri. Nak dikatakan tak ada yang berkelayakan, rasa rasanya pernah terpandang pulak susunan hadiah hadiah yang dimenangi...... boleh dikatakan "teror" tu. Tapi sunyi aja. Kasihan Puan Fathiah...., So akhirnya inilah yang dikatakan "team" bidan terjun (sebenarnya aku pun tak paham kenapa bidan terjun perlu dikaitkan dalam pemasaalahan ni) kalau dicongak conggak mungkin boleh menang... tapi harapppppp ajalah.., ya!


Cam na? ok tak team ni.... "Team GLAM tu". Dan yang sorang lagi tu tak tahu nak diletakkan di posisi apa.... nak dikatakan Jurulatih... tak ada pengalaman pun.... tapi "KHSS...kut" opp sorry.. salah ya!!!!


Puh yooo, Glamour tu, macam artis.... kang silap silap tak sempat nak baling bola asyik nak sain autograf aja, maklumlah ramai peminat (perasan!!). Apa apa pun saya mengucapkan ribuan terimakasihlah kepada rakan rakan kita, terutama Puan Ros, Hafis dan Yati. Setidak tidaknya orang tak boleh kata yang branch Mj Maktab tak ada wakil (pantang undur sebelum berjuang).



Stratige hafis nak melemahkan lawan ( atas ) dan aksi aksi "star" disekitar Tournement..!






Cukup meriah.... nak lagi...??






Seronok wa cakap lu.... walaupun tournement ni taklah diketegorikan 5 star, namun bagi kita yang berkerja dari jam tujuh empat puluh lima pagi (lebih kurang) dan pulang jam enam tujuh malam kekadang tu hingga sembilan sepuluh malam, apa lagi yang boleh mengembirakan diri kita... kalau dah diri kita sendiri tak mampu nak digembirakan apatah lagi nak mengembirakan orang lagi.... jawapnya jangan haraplah!!..

Dan lagi satu, selalunya kita lihat rakan rakan kita saja yang begitu serius menjalankan tugas/kerja namun selalukah kita dapat melihat ZM kita - Encik Azman sesibuk ini???...




Apa apa pun Abg ShAh selaku "Team Captain Glam" mengucapkan ribuan terima kasih teristimewa buat satu satunya penyokong setia kami "Nik Nurul Husna Binti" apa yet?... Hafis tolong!!! (tang ni yang aku lemah ni) sorry Husna tak tahu nama ayah kamu. Dari mula hinggalah kepenghujung balingan terakhir, nak tahu? tak henti henti menberi sorakkan yang tak berbelah bagi terutama bila "tut..." buat balingan, opp! sorry. Tenguklah kesihakan?? Apa apa pun terima kasihlah Husna, kalau tak, tak kan adalah penyokong kami agaknya.




Dan ini puteriku "Puteri Nurul Ain Shaida" yang turut memberikan sokongan buat team Glam, thank my sweet hart...!


Tapi kalau dilihat betul betul macam pencatat jumlah score' aja!





Biasalah anak ayah ni, pantang jumpa Camera.... postnya mengalahkan model antarabangsa, kalau adalah model yang terpandang sure sure.... nagis punya.. tak dapat cari makan...!




Keputusan keseluruhanya taklah teruk sangat bagi kami yang team bidan terjun ni, cuma tak main betul betul aja!! (malas nak tunjuk skil) target kami cuma nak kalahkan team ni aja.....

Team from MBB Jinjang...



Oklah tu, tercapai jugak impain kami....





Walaupun kita orang kat line 24, tapi dalam top 10 tu...... Orang melayu kata boleh tahahlah.. kalau macam ni lain kali tak malulah untuk bermain bowling lagi. MJ Maktab.. Cayuk!!



Waktu rehat ketika menunggu keputusan..


Waktu rehat ketika meracun diri.... ok jugak tu!!

Dan Akhirnya....

Biasalah makan time, Habis pun dah pukul 2 petang, tunggu cabutan bertuah "hampas" bukan kata dapat sipi sipi pun tak ada, tak apalah. Asal asalnya, kak Aishah kata nak buat mee kari, mengikut perancangan kena serbu rumah dialah!, tapi apakan daya.... rancangan tergendala (macam rancangan TV masa dulu dulu pulak - Rancangan Tergendala Sebentar) so.... biasalah Abang ShAh kan?, bukan kauorang tak tahu, pasal makan dan pemakanan kan dua perkara yang tak boleh dibezakan, tak boleh dipisahkan... menyelira aja!



Ham...! macamana ada selera ka??






Ribuan terima kasihlah, kerana sudi menjejaki kaki keteratak saya, serta sudi menjamu selera dengan apa yang ada ( Seadanya ). Kata orang dari tiada baik ada.... akhirnya dapat jugak makan Mee kari walaupun bukan kat umah Kak Aisah ya..!

And yang ni... No Komen...!



Nampak mesraaa aja... Opp lupa - "KHSS"..,
Amin...! kalau ada jodoh apa salahnya...


Tak sungguh tak melata... peduli apa orang kata, sebab tulah abang shah selalu kata biar sakit dimata jangan sakit dihati, kekadang tu kita perlu pedulikan apa orang kata... Orang orang ini selalunya lupa nak gosok gigi itu sebabnya cakap ikut sesedap rasa aja, walau pun kekadang tu tak ada perasa pun... Opp!! apa cerita lak ni... sorry da!!, sudah cerita lain ha!

Oklah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Team Glam kerna telah berjaya membawa satu memori yang mungkin tak akan kita lupakan sampai bila bila, selalunya kenangan itu tak memerlukan wang ringgit cuma perlukan sedikit pengorbanan lepas tu cuba cubalah menghargainya.

Terima kasih "GLAM"
( Pn.Ros, Hafis, Yati and Husna )

Terkadang tu sesuatu yang terlalu kecil yang sering kita lupakan
adalah sesuatu yang amat berharga buat diri kita,
Kenalah kita kisah selalu ya....!
ShAh26June2010.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails