Monday 21 March 2011

Black Scorpion3299 - Part 1.



Sudah hampir dua bulan kereta kesayangan ku ini tak berbasuh sebenarnya, akhirnya pada 20hb March yang lalu tak tahu macam aku terpandu kereta ni ke tempat "Wash Car" yang sebenarnya terletak terlalu hampir dengan rumah, kalau dikirakan jaraknya hanya beberapa ela aja... cuma diketika itu tahap malas ku terlalu mengunung agaknya kerana tulah kereta ni didera secukupnya.... agak agaknya kalau dia pandai bercakap mahu nipis cuping telinga ni, pandai pakai, pandai pandu aja.... hinggakan nak tentukan warnanya pun tak tahu.... nak dikatakan hijau silver dah tak ada rupa, lebih kepada kelabu adalah... nak pandang luar pun dah tak berapa nampak.... kesihannya dia.... Nasiblah dapat tuan macam ni ya?? (Siap boleh tulis tu... dah boleh buat papan hitam....)








Bila dah terbasuh ni nampak comel pulak... terserlah warna asalnya, tulah manusia ni.. kata saja menyayangi sesuatu tapi terkadang tu terlalu alpa dengan apa yang kita sayangi malahan tak memperdulikan apa yang kita sayangi.... (Sayang aja tapi tak kasih pun...).



Bagaimana pun aku tetap sayang kereta ni, terlalu banyak kenangan terlalu banyak memori dengan kereta ni.... Dulu nak memandu seminggu sekali agak payah jugaklah, almaklumlah asyik menunggang RXZ Scorpion, masa tu cukup selesa menunggang motor lagi pun terasa cepat dan pantas, tapi bila terserempak dengan satu kemalangan sepasang remaja tahun lepas di jalan kuching, itu membuat aku mengenal erti takut, membuat aku lebih insaf, membuatkan aku mengerti terlalu banyak bahaya yang mengundang bila menunggang motor berkuasa tinggi ni..., Perlu banyak berhati hati... berwaspada selalu... Opp!! itu sebenarnya untuk diri sendiri....

Oklah nantikan pulak apa yang istemewanya Black Scorpion3299 ni.

Bila tiada kita tercari cari, bila ada kita tak kisah pun..

ShAh, 27hb March 2011. 9.40am.



Monday 14 March 2011

My Princess...Now..!!

Dulu..! comelnya dia berambut lurus panjang, suka pakai baju yang berwarna terang tapi bukan warna pink, suka pakai bedak banyak banyak, kalau kena cium akan nagis takut bedaknya habis, masa tu nak bergaya tak tahu langsung, simpan rambut panjang pun kerana ayahnya yang mahukan..... tapi sekarang tenguklah sendiri...


Dah macam artiskan?, Hai....!! tak tahulah mengikut sapa, kalau nak dikatakan mengikut emaknya, secalit gincu pun tak ada dibibirnya, pasal mekap mekap ni Mamanya tak pernah ambil peduli...., tak pernah ambil part langsung "orang kata, tak rugi duitlah" untuk dia nak memilih, mahupun membeli mekap, kalau fikirkan sekali untung jugak, tapi bila fikirkan dua kali rugi banyak dibuatnya.... mana taknya, kalau Mamanya mekap tak beli langsung, tapi Puteri macam macam, sampai kadang kadang kita sama kena ambil tahu jenama apa, dari mana? bagaimana nak memakainya.... Apa gunanya...? Apa taknya kalau nak memilih dan membeli mekap Ayahnya nilah yang diseret kesana kemari....Mamanya malas nak melayan..."tak pakai mekaplah katakan".

Apa apapun cukup seronok dan bahagia melihat dia membesar didepan mata, kalau dulu sibuk dengan gaya rambutnya ( panjangnya hingga keparas lutut...) masa kecil kecil dulu, kalau nak berjalan kat sejam menyikat rambutnya, namun akhirnya terpaksa membenarkan rambutnya dipotong mengikut sesuka hatinya itupun setelah dia lulus dengan cemerlang at SPM masa tu, pintanya cuma nak potong rambut ikut kemahuannya, tapi kini bersiap aja lebih dari tu....

Cuma yang masih tak berubah dari dulu hingga sekarang, dia masih suka bergaya dan suka ambil gambar, seingat saya sejak umurnya 2tahun, sejak dia mula tahu apa itu camera agaknya sejak itulah dia mula suka bergaya, kemana aja pasti bergambar.. Bergambar..... Bergambar.....

Dan sekarang ni, dizaman yang semakin maju dengan kegunaan IT semakin meluas, nak ambil gambar dah tak payah mengunakan camera, dengan handphone pun boleh.... lagilah..!! Fikirlah sendiri...!!

Kadang kadang tu malas nak ambil kisah pun...bila dia mula bergaya depan camera..!!


Sapa kata orang lelaki tak perlu ambil kisah yaaaaa????
ShAh 19hb March'2011.



Sunday 13 March 2011

Suatu Waktu - Dulu...!



Terkenang semasa dulu,
Hati ku merasa rindu,
Mungkinkah dapat bertemu,
Pada mu cahaya mataku..... ( Lagu R.Azmi....)

Rasa rasanya tak kan dapat lagi kenangan terindah seperti ni.... kalau tenggukkan gaya.... artis mana pun tak kan terlawan...menggacam dan handsome tu...!!! (perasan sebenarnya)

Tapi itulah kenangan sewaktu Dineer Maydis ( Persatuan Syarikat Syarikat Discount Di Malaysia ) tapi tu lebih kurang 10 tahun yang lalu.... kalaulah diberikan peluang, rasa rasanya ramai yang inginkan suasana itu lagi.... betul tak? ( X maydis semua ).

Itulah manusia selalunya tak akan pernah puas dengan apa yang kita ada, "ini tak betul.. itu tak kena, asyik cari salah orang saja..., dan macam macam lagilah...." tapi bila kita semua terbuang dan terpisah seperti ni barulah terfikir betapa beruntungnya kita diketika itu..... Sesunggunya masa yang terindah tak kan sama walau pun mungkin ianya berulang....

Berbalik pada artis kita ini, mungkin ada rakan rakan kita yang masih ingat akan malam tu, Annual Dinner terakhir buat kita semua di Hotel Holiday Inn, Kuala Lumpur ( Kalau sekarang dikenali Sebagai Mutiara Hotel).... masa tu setakat nak makan malam kat Hotel hotel tak pernah jadi masaalah setiap tahun ada saja dineer at company sendiri dan juga dineer at Persatuan.... tapi kini jangankan hotel kedai mamak pun rasanya ada yang tak sanggup..... Bukan itu saja, nak cari artis seperti ini pun tak kan berjumpa lagi.... kalau ada pun sanggup bayar ke....

Masa tu kena menyanyikan lagu Roy, "Ratnaku" kat depan lebih 400 jemputan, termasuklah Ceo Co dan juga Board of Diretor.....Gigil tu jangan cakaplah...takut tu kalau ada tak dapat nak digambar, maklumlah pertama kali menyanyi dihalayak ramai, tapi jika difikirkan kembali bukan senang nak dapat peluang sebegitu....itulah sekali seumur hidup.... Dengan gaya dan penapilan seperti tu, kalau disuruh lakukan lagi tak sanggup rasanya... itupun tak tahu bagaimana boleh terperdaya...!!

Ada gaya tak?
Kalau difikirkan kemudian...macam tak percaya lak yang itu adalah diri sendiri....

Aah lantaklah... "Ada Aku Kisah....hehe."
ShAh 15hb March' 2011. 03.15am.

Saturday 12 March 2011

Kisahkah kita pada hati kita....?


Assalammualaikum dan salam sejahtera.... buat semua...!!!

Serasanya cukup lama tak menulis diruangan ni, yang terakhir kisah bowling at One Utama pada June 2010 tahun lalu....macam dah hilang semangat, macam dah tiada ideal bagai insan hilang ilham.... hamm teruk tu.... tapi ni abg shah kan.... boleh ke macam tu.....??

Sebenarnya, banyak yang dah tertulis cuma belum dipaparkan aja.... ada sesetengahnya itu terpaksa difikirkan dua tiga kali untuk di paparkan takut takut ada yang tersinggung pulak... walau pun abang shah ni jenis yang tak kisah kang ada pulak yang terlebih kisah.....

Saya berharap apa apa yang dipaparkan selepas ni nanti....jadikanlah iktibar, mana yang baik jadikan panduan untuk semua dan mana mana yang buruk kita sama sama jauhkan....

Kita sama sama dikurniakan seketul hati yang cukup lembut dan sensitif dengan apa jua keadaan... Jadi jagalah hati kita itu baik baik.....jika baik yang kita mahukan maka baiklah hati tu jika sebaliknya....itu kerana kita sendiri yang menginginkan kerana itulah ia terjadi..

Sama sama kita fikir fikirkan....


Kita patut kisah dengan apa yang patut kita buat....bukan buat tak kisah aja...
ShAh 13hb March 2011.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails