MAYBANK SEGAMBUT SSC.
Tiga Bulan Telah Berlalu (Dari 8hb February'2012)
Masa terlalu cepat berlalu, kalau difikirkan pernahkah kita terfikir nak menghitung setiap detik tu, manerkan tidaknya, pejam celik pejam celik, tahu tahu masa tu dah pun lama berlalu, dan kita sering membiarkannya dan hampir kesemua diantara kita mengatakan biarkan dulu dalam soal masa nie...... Jawapan yang sering kita luahkan "nantilah kejap", "kejap lagilah" dan lain lain, namun tahukah kita semua dalam nanti kejap tulah ia membawa kepada 1jam, 1hari, 1minggu, 1bulan malahan bertahun tahun, dan kita masih jugak dengan jawap "nantilah kejap".... Yang pasti hendak dengan tidak masa masih juga meninggalkan kita, walaupun dengan kiraan saatnya dan kita masih dialpakan, masih jugak cam tu.... masih tak berubah masih juga seperti dulu.
8hb Febuary'2012 yang lalu bermulanya hari pertama ku di MBB Segambut Branch, dan hingga ke ari ini dah hampir tiga bulan rupa rupanya, namun kalau dikenangkan kembali ketika menerima arah untuk ke tempat nie, mungkin ramai yang tak percaya, jauh disudut hati macam macam persoalan timbul, berbagai bagai andaian tercipta diruang fikiran ku, takut ada serta resah gelisah silih berganti...namun, ku kuatkan hati dan perasaan ini, aku sepatutnya berfikiran positif. Sebenarnya aku pernah datang kesini sekali dulu sebelum ini, tetapi hanya untuk sehari aja pada 11.01.2012, tetapi kali ini berbeza... arahan yang diterima untuk aku berkerja dalam waktu yang agak lama dan arahan itu pulak tak memberitahu bila tarikh terakhir... apa orang kata "Until Further Notice", lebih kurang cam tulah... mungkin boleh jadi Seminggu, Sebulan ataupun Setahun, manerlah tahu, tapi walau bagaimanapun tanggungjawap mesti diteruskan, walau apa pun keadaannya.
Namun aku cukup bersyukur, setelah hampir lebih tiga bulan disini, kehadiran ku cukup disenangi, ( itupun pada pandangan ku aja, tak tahulah kalau ada disebaliknya), kita ni kan manusia rambut aja sama hitam hati lain lain..... Dan bagi diri ku sendiri, aku cukup senang berkerja disini, rakan rakan sekerja tidak berkira membantu dan menolong ku sepanjang masa, tak terasa asing langsung....mungkin mula mula tu memanglah agak terasing jugak namun, bagi diri ku..."Ada...... aku kisah???". Masaalah???, mana mana pun ada masaalah, kat sini. kat off sendiri, kat maner maner pun, kita tak dapat lari dari masaalah, jalan terbaik kita patut berani menghadapinya, itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikannya.
Cawangan ini taklah terlalu besar, ianya terletak ditengah tengah kawasan perindustrian, maksudku ia berada ditenggah tengah kawasan kilang, kat sini dikelilingi kebanyakkannya pusat pengedaran alat alat ganti kenderaan, cuma ada beberapa kedai servics kenderaan, pengedaran makan beku dan beberapa kilang kilang kecil yang aku sendiri tak tahu kilang apa.
Tentang kakitangan disini, maksud ku dicawangan ni, ada cina, melayu dan india, untuk cuti perayaan rasa rasanya tak ada masaalahlah. Terasa seronoknya dapat kembali berkerja seperti dulu dulu seperti lebih kurang 10tahun yang lalu ketika berkerja di Menara Maybank, berkerja dengan bukan keseluruahannya melayu, ada banyak kelebihannya bila berkerja dengan bukan hanya kakitangan melayu atau cina aja..... Cuma kita kenalah sedar rasa tidak puas hati tu kat mana mana pun ada, terpulang kepada individu itu sendiri...
Apa apa pun aku ingin menyucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran ku dalam kominiti kamu semua (untuk semua kakitangan Mbb Segambut), sesungguhnya bukan senang orang nak menerima orang asing dalam keluarga mereka... Syukur Alhamdulilah.
Oklah nanti akan ku ceritakan lagi, ada banyak yang akan ku ceritakan....pasti seronok.... Nantikan cerita seterusnya...tungguuuu...!!

Bagi diri ku "Dimana pun aku bekerja Ada Aku Kisah????"
Janji ada kerja kan kan???
ShAh 06hb May 2012.