Saturday, 5 May 2012

Friendships Day'2012 - III



Nie haa..., orang paling kecoh dapat hadiah, ari tu terasa sangat dia kerja maybank, pakai baju kuning tuuu... mula mula ingat dapat towel mandi, sebab bergulung bulat pulak tu....kalau takpun mesti makanan sebab selalu sangat mengadu lapar nakkan makanan, asyik asyik lapar aja..... ( tak sedar sedar tu.... badan dah macam beruang kutup...hahaha )


Cantik kan bila dah bukak pembalutnya, macam macam corak ada teruja lak, seronok sangat sangat, merahhh... pulak tu.... jangan marah...


So isinya inilah, tima kasih In, Abg shah suka sangat sangat, cantik!!! sayang lak nak pakai... ingat nak letak dalam almari perhiasan, nak buat kenangan dari In kat Segambut Branch... cantik tak? cantik kan. Tima kasih In....

Tang minah yang macam anak korea nie, lain lak citernya....senyum dia dari pagi lagi tak habis habis bila nampak nama dia kat bag kertas biru tu....mula mula tu bukan main lagi seronoknya nak dapat hadiah, tak sabar sabar nak tahu apa hadiahnya....


Sekali bila dah dapat, dah bukak hadiah tu, elok puteh comel wajah tu terus bertukar merah dah tak kenal lagi yang tu Yumi ke sape..... Hahaha... Sapelah yang sanggup wat cam tu... nak tahu apa didalamnya... hahah "sayur sawi" aja. ( Tak sanggup rasenya nak letak gambar Yumi masa dia dapat sayur tu )


Sebenarnya Yumi dapat sehelai selindang sutera korea warna merah, yang sayur sawi tu, saja saja ja sebab Yumikan suka sangat makan sayur, apa apa sayur, sikit sikit sayur...eh payah jugak nak cari jodoh nie, nie kena cari tauke sayur atau pekebun sayur aja... barulah senang sangat sangat...Hammm.


Tiga malam ku mencari mu, tiga malam hati ku sunyi.... dimanakah dikau sayang, ku inginkan segera kau datang....tapi??? tapi ini bukan lagu tiga malam daaaa.

Ini adalah kisah tiga gadis, tiga dara pinggitan, rupa rupanya kat Segambut branch ini ramai yang tak tahu tersimpan suatu penyeri yang tak ada di branch branch lain.... yang istemewanya .....istemewa ke??? yang istemewanya ketiga tiganya masih lagi belum berpunya, masih belum ada calun yang terpilih, masih tak tahu nak pilih yang macam maner kalau diberi pilihan, pulak tu berkerja sama sama, satu floor, duduk dekat dekat...opp sama sama.... boleh dikatakan selalunya kalau mereka bersama macam mekar serumpunlah....elok aja selongok...hahah (Macam cendawan tumbuh lepas hujan...Comel aja)

So kalau ada yang berkenan atau pun kalau ada yang teringin nak mencari calun pilihan, tak pun nak cuba cuba line clear ke tak... bolehlah cuba cuba.... manalah tahu....berkenan lak.... Sesusai sangat sangat.... Amin.


Kekadang tu kita sering terlupa apa yang ada didepan mata..
Itu pasallah Aku sering kisah.....

ShAh 12052012, 9.00pm.


Friendships Day'2012 - II


Mari kita kenali sape mereka dan apa mereka dapat.....
ni yang seronok nie!!!!




Yang nie Mr Alan "our Boss" - Branch Manager, yang saya tahu dia dapat peralatan eletrik, soket untuk pluq pelbagai guna. Berguna tu...



Disebelah kiri tu Ms Hong, our ABM dia dapat lampu meja untuk study, dan yang comel ini Amiza, ape name glemournya..... opp!!!! tak boleh bagitahu, dapat bahan bahan mencucikan diri.... cam nie wangilah selalu yaa....hahaha..



Yang dapat gelang nie kak Nisa namanya, yang tengah menayangkan baju purple tu Nurul, sebenarnya dia tengah fikir tu - betul ke size nie...., agak agaknya muat tak?? Cuba kita fikir fikirkan bersama...



Si Emma ni pulak setiap kali ambil gambar mesti pejam mata, sorilah nie aja pilihannya, yang pasti Emma dapat minyak wangi, Gambar tengah nie pulak, dah selalu dipanggil adik so dapat bearlah tu, comelnya....nak jugak...hehehe dan yang dengan tali laher berwarna pink tu..... saya ulang sekali lagi "warna pink tu"..... En Rashidan kita, dia antara lelaki harapan masa kini, pas nie mesti hamsen habislah.... Hahahaha



Untuk tukang karut kita nie, ( Khai ) dapat tempat letak berus gigi dengan rokok... nie yang tak puas hati nie, ada ke patut berikan dia rokok.. Bro kena kurangkan hisap rokok, nanti tak ada orang nak mengarut pagi pagi tau.... hai...sapelah yang tergamak nie...tak patut tak patut... Si Faezal nie lak, dapat sehelai T shirt berwarna biru... ok tu...



Tersenyum lebar Ms Yap dapat Pen, takpa boleh guna, dan sian kat VJ, agak agaknya subang yang dia dapat tu berat sangat kut, tu pasal sampai senget kepala dia.



Salam Kak Nona, dapat cawan yeh..... cantik tu, sesuai dengan kakak, kakak kan berjiwa muda... tak kisahkan.... Dan yang berbaju kurung hijau nie.. Hariyati atau selalu dipanggil Yati, dah dua tahun berturut turut dapat bag...., macam ada yang dah berkenan aja....
(
Terima ajalah )



Senyum sunguh sunguh Yusri dapat hadiah tu, tapi sebenarnya saya tak tahu apa yang dia dapat, dan Yumi pulak dapat sehelai selindang korea berwarna merah....tetapi sebenarnya ada cerita lain sebelum tu... nantikan cerita seterusnya.... tungguuu!!!



In (Rahinah) dengan Fauzi, dapat hadiah mereka disebelah pagi, sebabnya disebelah petang acara nie berlangsung mereka berdua tiada di office, ada meeting, so tak tahulah mereka dapat apa yek!!... tapi nak tahu jugak.... agak agaknya apa yek??



Terima kasihlah kepada yang memberi, bersyukurlah pada yang menerimanya, Kan semua dah dapat tu, siap ada yang dah pakai pun, cayalah....!!! seronok kan? kan??





Nak tahu apa yang saya dapat??... so kalau nak tahu tunggu kat
Friendship Day'2012 - III yeh!!


Ada aku kisah apa aku dapat...
Sebenarnya Aku kisah kerana aku suka sangat....
ShAh, 07hb May 2012.





Friday, 4 May 2012

Friendships Day'2012.



Ceria dengan hadiah masing masing, seronok kan?....tetiba aja dapat hadiah, inilah hakikatnya kalau sering bersepakat.... nak dengan tak nak aja, kalau nak tu, buat apa pun pastinya seronok.

Sebenarnya tak payah maner pun kalau nak buat orang disekeliling kita suka dan seronok, kalau kita boleh buat kepada orang yang tersayang lagilah bagus, kekadang tu kita tak terfikir langsung melakukannya walaupun dengan hanya sebuah pemberian kecil....

Rasenya ini adalah acara pertama untuk tahun nie, terutama dibranch nie.... harap harap akan ada lagi pelbagai acara seumpanya... tak sabar menanti..

Secara peribadi, saya cukup seronok dan berterima kasih kerana saya jugak diberi kesempatan menyertainya...nak tahu apa saya dapat tungulah...hehehe.



Dengan persetujuan bersama, maka telah diadakanlah acara ini - acara tukar barang macam dulu dulu pulak, ketika manusia masih belum mengenali mata wang.... sebenarnya acara ini lebih kepada mengeratkan lagi siratuirahim diantara kakitangan, yang seronoknya kita tak tahu apa yang dihadiahkan oleh kawan kawan untuk kita.....pada saya ini lebih kepada sumbangan peribadi dan keikhlasan masing masing.....

Sebenarnya harga sesuatu hadiah taklah penting sangat yang penting keikhlasan walaupun telah ditetapkan sebanyak 10 ringgit setiap satu namun dari pemerhatian ku boleh dikatakan semua hadiah hadiah ini melebih dari harga yang ditetapkan..... syukur diatas keikhlasan anda semua.... Semuga dimurahkan rezeki hendaknya.



Inilah antara wajah wajah yang akan kita tatap setiap hari berkerja, lebih 10jam sehari, lima hari seminggu, 26hari sebulan dan sepanjang tahun kalau kita masih jugak belum di "Transfer kemana maner.... suka atau tidak.... jumpa, tenguk, tatap dan tanggung ajalah....

Bagi ku, aku tumpang bahagia kalau kamu semua bahagia,

Walaupun kekadang macam aku tak kisah aja....

ShAh, 07hb May 2012.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails