Friday, 4 May 2012

Friendships Day'2012.



Ceria dengan hadiah masing masing, seronok kan?....tetiba aja dapat hadiah, inilah hakikatnya kalau sering bersepakat.... nak dengan tak nak aja, kalau nak tu, buat apa pun pastinya seronok.

Sebenarnya tak payah maner pun kalau nak buat orang disekeliling kita suka dan seronok, kalau kita boleh buat kepada orang yang tersayang lagilah bagus, kekadang tu kita tak terfikir langsung melakukannya walaupun dengan hanya sebuah pemberian kecil....

Rasenya ini adalah acara pertama untuk tahun nie, terutama dibranch nie.... harap harap akan ada lagi pelbagai acara seumpanya... tak sabar menanti..

Secara peribadi, saya cukup seronok dan berterima kasih kerana saya jugak diberi kesempatan menyertainya...nak tahu apa saya dapat tungulah...hehehe.



Dengan persetujuan bersama, maka telah diadakanlah acara ini - acara tukar barang macam dulu dulu pulak, ketika manusia masih belum mengenali mata wang.... sebenarnya acara ini lebih kepada mengeratkan lagi siratuirahim diantara kakitangan, yang seronoknya kita tak tahu apa yang dihadiahkan oleh kawan kawan untuk kita.....pada saya ini lebih kepada sumbangan peribadi dan keikhlasan masing masing.....

Sebenarnya harga sesuatu hadiah taklah penting sangat yang penting keikhlasan walaupun telah ditetapkan sebanyak 10 ringgit setiap satu namun dari pemerhatian ku boleh dikatakan semua hadiah hadiah ini melebih dari harga yang ditetapkan..... syukur diatas keikhlasan anda semua.... Semuga dimurahkan rezeki hendaknya.



Inilah antara wajah wajah yang akan kita tatap setiap hari berkerja, lebih 10jam sehari, lima hari seminggu, 26hari sebulan dan sepanjang tahun kalau kita masih jugak belum di "Transfer kemana maner.... suka atau tidak.... jumpa, tenguk, tatap dan tanggung ajalah....

Bagi ku, aku tumpang bahagia kalau kamu semua bahagia,

Walaupun kekadang macam aku tak kisah aja....

ShAh, 07hb May 2012.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails