Friday, 22 June 2012


Perasaan kita, Hati orang - I



Kita sering memikirkan perasaan kita saja, selalu ingin memenangkan perasaan kita kalau sering tersentuh, kita sering katakan perasaan kita tak dipedulikan, tak dihormati, kita selalu menginginkan orang lain menghormati perasaan kita, Dan selalu kita katakan orang disekeliling kita termasuk orang orang yang tersayang tak pernah mahu mengerti dan mempedulikan perasaan kita.
Itu Perasaan kita.......

Namun sehingga kesaat itu pernahkah kita mempedulikan hati orang lain, bila kita memikirkan persaaan kita, Dikala kita ingin menenangkan perasaan kita tahukah kita ada hati yang mungkin tak tenang, Disaat kita katakan perasaan kita tak dipedulikan apakah kita perasan ada hati telah dilukakkan, Diketika kita mahu orang orang yang kita sayangi memengertikan dan mempedulikan perasaan kita, adakah kita rasai betapa tersentuhnya hati mereka, tahukah kita, kerana kita ada perasaan yang mungkin terguris kerana kita, perasaan yang tak pernah kita pandang dan ambil tahu langsung, yang selalu dan sering kita katakan adalah perasaan kita.....

Hati orang macam maner???


Sebagai renungan cuba kita hayati coretan ini.....

Kisah pertama:-

Katakanlah kita dah mempunyai seorang yang tersayang, kita telah pun dipunyai... so kita sering mahukan orang yang tersayang akan menjaga dan menyayangi kita, kita sering mengharapkan keikhlasannya seratus peratus terhadap diri kita, lebih lebih lagi kita mengharapkan sebuah kejujuran darinya. Yang terpenting kita tak mahu ada orang ketiga dalam perhubungan ini, kita akan mengharapkan sepenuh perhatian dari dirinya.

Tetiba satu hari kita jumpa seseorang yang kita senangi yang kita sukai lantas kita keluar dengan dia (date lah katakan), pernahkah kita terfikir akan perasaan dan hati orang yang kita sayangi tu, atau kita akan katakan itu sekadar suka suka atau sekadar berkawan saja yang penting hati kita hanya diri kita yang tahu... jujurkah kita pada perasaan kita sendiri.... tu kan zalim namanya terutama pada orang yang menyayangi kita, apa yang kita inginkan hanya kepuasan sebenarnya, kita akan rase senang disayangi, dipuja dan dinantikan.... sebenarnya adilkah kita dalam situasi ini, bagaimana kalau orang yang benar benar kita sayangi, kita kasihi, bertindak tidak sejujurnya...marahkah kita??? cemburukah kita..?? mampukah kita memaafkannya, jika hakikat ini terjadi sebaliknya, Dapatkah kita memaafkannya jika dia bertindak jujur memberitahu kita, Rasa rasanya kita tak kan mampu memaafkan dia. Begitu jugalah dia.

Jika itulah yang terjadi apakah kita tidak dikatakan terlalu zalim, terutama pada pasangan kita sekurang kurangnya pada perasaan kita sendiri, jujurkah kita pada hati sendiri? atau kita hanya memikirkan perasaan kita, sebenarnya....


Dalam menjaga hati dan perasaan selalunya kita tewas dalam menangani perasaan kita, terutama perasaan cemburu yang kadangkala kita akan bertindak diluar dugaan....

Mampukah kita membelai perasaan kita untuk menjaga hati orang??
Fikir fikirkanlah....

Yang selalu ambik kisah soal hati dan perasaan terutamanya.
ShAh, 22062012, 2030mlm.

Sunday, 17 June 2012

Sepagi D'Pasar


Ari nie ari Ahad, ari minggu atau lebih senang dipanggil cuti mingguan, dan pada cuti hujung minggu begini selalunya bukanlah bererti cuti sepenuhnya pada kebanyakkan orang, selalunya banyak benda nak kita lakukan, mesti ada saja yang perlu diuruskan....

Selalunya aku agak malas nak kepasar terutama waktu cuti cuti begini, entah mengapa ari ini terbangun awal lak pastu dah lama sangat tak makan nasi dagang so disamping malas nak masak sarapan sendiri pagi nie, kuarlah ke pasar nak cari sarapan, kononnya.... tetapi punyalah ramai manusia dipasar, macamlah ari ini aja yang cuti, macam dah tak ada minggu minggu yang lain lagi, ingatkan dipasar selayang nie lenganglah.... tapi tak jugak.... agak agaknya memang dah menjadi tabiat atau kelaziman orang kuala lumpur agaknya, bila cuti aja mesti kepasar.... tak kiralah, samaada nak membeli atau sebaliknya.



Sesak sangat sangat... ingatkan kena menghadapi kesesakkan lalulintas aja setiap pagi bila ketempat kerja, rupa rupanya kat pasar pun sama jugak, bezanya kat pasar ni dengan manusialah entah dari mana aja mereka mereka ini datang, dahlah sebelum tu nak cari tempat letak kereta pun payah.... uhh!! tak tahulah rasenya macam maner kalau kena gi pasar setiap minggu.... uhh!!! tak sanggup rasenya.... ini pun disebabkan dah terlalu lama tak kepasar dan teringin sangat nak makan nasi dagang terpaksalah, selalunya kalau beli ikan dengan sayur kat gerai kat rumah aja tak terfikir langsung nak kepasar.



Agak agaknya memang dah menjadi kebiasaan orang kuala lumpur kut, bila hujung minggu aja, perkara yang wajib dibuat kena kepasar.... dan yang baiknya dipasar pagi, macam macam ada, boleh dikatakan segala keperluan tak sukar didapati, cakap aja dari yang dewasa ke remaja, dari pilihan yang muda kepada citarasa orang tua, itu belum lagi pilihan anak anak... mungkin kerana tu kut dia orang ini suka sangat kepasar, banyak pilihan.



Sememangnya dah agak lama jugak aku tak kepasar nie selalunya ke komplex aja..... samaada menonton atau pun bermain bowling, tetapi minggu ini cuba tukar angin sikit...kepasar lak... seronok gak... Macam macam ragam boleh kita lihat, dan yang teruja tu boleh dikatakan macam hari keluar dengan keluarga lak tu, dari mak ayah dengan anak anak hinggalah keremaja, anak dara dan teruna yang sama sama menyesakkan, kalau dilihat pun bukan beli apa apa pun, hanya jalan jalan aja.... agak agaknya ada tak yang bertemu jodoh hanya dengan pandangan pertama dipasar....mungkin ada... maner kita tahu....



Macam macam orang boleh dilihat, jumpa dan diperhatikan, macam macam barang boleh dipilih ditenguk mahu pun untuk dibeli, cuma beza yang agak ketara cuma para penjualnya boleh dikatakan generasi yang kedua telah mengambil alih, kalau dulu kita boleh lihat ayah atau ibu ibu mereka sebagai penjual kini telah diambil alih oleh anak anak mereka....



Yang bagusnya di selayang nie kami mempunyai 3 pasar yang berbeza, pertama kami ada pasar borang kuala lumpur yang terletak cuma 1kilometer aja, tapi yang pastinyalah dia pasar besar dan dijual secara borong, beroperasi dari 10mlm hingga ke pukul 3pagi, yang kedua pasar borong selayang, ianya beroperasi dari pukul 3pagi hingga pukul 7pagi, tetapi selalunya kalau cuti hujung minggu atau public holiday pasar nie dibuka hingga sampai pukul 10pagi, kat pasar borong selayang nie boleh dibeli secara borang atau runcit, sesuai sangatlah kalau nak beli barang kalau nak buat kenduri kenara...



Tetapi aku lebih suka kepasar selayang aja, sebab apa pun yang diperlukan semuanya ada disini, lagi pun tinggal seorang banyak manerlah sangat nak dibeli... untuk makan seminggu cukuplah, nanti beku lak kat dalam peti sejuk tu....cuma kat pasar selayang ni istemewanya, kalau nak sayuran kampong disinilah tempatnya termasuklah ulam ulaman....best tu... dan disini jugak terdapatnya pasar kuih dan bermacam macam makanan, boleh dikatakan semua jenis masakan dari selatan ke pantai timur, dari utara hinggalah masakan barat... cakap aja nak makan apa... itulah istemewanya...Datanglah cuba... mesti anda teruja.



Sebenarnya terlalu cepat masa berlalu..... sedar dengan tidak, masa telah mengubah segalanya dan yang cukup membimbangkan peniaga yang bukan bumiputra lebih ramai dari kaum kita sendiri, apakah kita telah lupa diri atau sengaja meninggalkan peluang yang ada.... agak agaknya jika ditakdirkan suatu masa nanti bila aku kembali lagi menjenguk laluan pasar ini mungkin dah tak ada lagi penjual dari bangsa ku.... dan yang tinggal hanya nama pasar tu saja, sedangkan penghuninya bukan lagi orang kita..... Mungkin!!!

Mampukah kita menghalang ini semua, atau kita hanya mampu memandang dan mengilingkan kepala.... fikir fikirkanlah....


Yang dah lama tak kepasar
Masih Kisahkan Aku???

ShAh 17062012, 6.30ptg.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails