Friday, 13 July 2012

Perasaan kita, Hati orang - II.


Kita sering berkata, yang kita sering nak menjaga hati orang, kononnya apa saja yang kita lakukan adalah untuk menjaga hati orang, untuk kebaikan semua, untuk kebaikan orang yang tersayang, tetapi tahukah kita yang sebenarnya dalam kita nak menjaga sangat sangat hati orang kita terlupa dan sering terlepas pandang dengan apa yang kita lakukan, sebenarnya kita tak terjaga langsung hati hati tu, yang sering kita lakukan dan terpaksa lakukan terus terusan melukakan, tanpa kita sedari, kita sebenarnya melakukannya mengikut naluri kita sendiri, mengikut cara kita....

Itu perasaan kita.....

Kerana itu kita sering disalah ertikan kerana kita tidak pernah bertanya kepada mereka, apa yang mereka mahu, sudikah mereka diberi perhatian, sukakah mereka pada kita, Dan adakah kita ini pilihan mereka, akhirnya kita dipersalahkan juga walaupun apa yang kita lakukan sebenarnya kerana kita terlalu sayang......

Hati orang manerlah kita tahu???

Sebagai renungan cuba kita hayati coretan ini....

Kisah kedua:-

Tidak dinafikan, sejak kecil kita diberi didikan, diberi pelajaran dan diberi sepenuh kasih sayang, walaupun kadang kala kedua orang tua kita tidak mempamirkan bertapa mereka menyayangi kita, orang dulu dulu laluan hidup mereka cukup getir dan terlalu banyak kesusahannya, so untuk itu mereka kadang kala sukar untuk mengambarkan betapa mereka menyayangi kita, namun ibubapa mana yang tak menyayangi anak anak mereka....mungkin cara asuhan mereka, memperlihakan mereka agak kasar pada kita..... namun jauh disudut hati mereka, mereka terlalu menyayangi kita....

Namun setelah kita diberi sepenuh didikan dan pelajaran, kita diberikan secukupnya tunjuk ajar, setelah kita dikurniakakan kelulusan dan kejayaan... Dan selalunya kita akan berhijrah keluar bandar atau jauh diperantauan....itu selalu yang terjadi...Dengan satu harapan untuk mengubah kehidupan ini, sekali gus membuktikan yang kita lebih berjaya dan berguna kepada kedua orang tua kita....


Tetapi pernahkah kita terfikir bertapa perasaan dan hati kedua orang tua kita ketika melepaskan kita pergi walaupun kita ini seorang anak lelaki, dengan penuh kebimbangan walaupun tanpa rela, mereka hanya mengiyakan asalkan anak mereka menikmati kebahagian. Demi perasaan kita, takut perasaan kita terluka, mereka merelakan jua.

Tetapi sebenarnya apakah yang ingin kita buktikan kepada mereka, walau sekaya mana pun kita, walau setinggi maner pun pangkat kita, sedikit sebanyak kita telah mula melupakan mereka yang terlalu mengasihi kita, yang pernah mendodolkan kita, yang pernah menagisi atas kegagalan kita, akhirnya kita lupa pada hati mereka yang dilukakan tanpa kita sedari. Yang terpenting perasaan kita.... bagaimana dengan hati mereka?.


Mereka tidak meminta intan berlian, harta yang bertimbun, apa yang mereka inginkan ingatan anak anak terhadap mereka, mereka tak berbangga dengan kekayaan yang kita ada, mereka tidak pernah pun mendabik dada bila anak mereka pulang dengan kereta besar, mereka tak pernah merasa cemburu bila anak mereka membeli rumah yang terseregam indah, apa yang mereka inginkan cuma anak mereka, anak yang pulang dengan penuh kasih sayang, anak yang mengerti sebuah kerinduan, anak anak yang pandai menjaga hati mereka...

Akhirnya kita juga akan jadi seperti mereka, kerana masa tidak pernah menipu kita.....

Cuma kita perlu Ambil kisah itu semua...
ShAh..., 13072012, 2.45am.

Saturday, 7 July 2012

Bowling Day for Segambut Branch.


Dah lama jugak tak main bowling nie, sejak kena Relief Pool ni, asyik bertukar branch sekejap kesana sekejap kesini, macam tak cukup masa pulak untuk diri sendiri, selalunya boleh dikatakan setiap minggu terutama hari rabu malam khamis, aku akan pergi main bowling terutamanya kat Selayang Mall, tetapi sejak akhir akhir ni aktiviti aktiviti sebegini semakin tak mampu dilakukan.....

Bila kekawan terutama di Maybank Segambut nie beriya iya mengajagak kenapa tidak, seronok jugak, disamping boleh bermain dapat jugak mengeratkan silatulrahim sesama kita..... walau pun diketika tu agak kelam kabut kena menguruskan kesemuannya dan dimasa yang sama nak bermain jugak tetapi aku cukup seronok dan berpuas hati.... walau pun tak menang apa apa.

( Ditempat Pertama - Kumpulan Yusri )

( Ditempat Kedua - Kumpulan Mohd Fauzi )

( Ditempat ketiga - Kumpuan yang diketuai Mr Alan )

Sebenarnya kemenangan tu bukanlah perkara utama, kemenangan itu boleh dinilai dari banyak sudut dan dari pandangan masing masing, pengertiannya cukup luas bagi seseorang. Terpulang pada individu tu sendiri.

Kemenangan buat diri ku bukanlah sebuah piala mahu pun pingat, kemenangan bagi diri ku adalah kerana aku berjaya melaksanakan dan mengumpulkan semua staff untuk menyertai permainan ini, kepuasan bagi ku bila semuanya berjalan lancar dan berjaya. Bukan kerja mudah untuk mengumpulkan semua orang dalam satu masa satu ketika... kerana masing masing punya hal hal tersendiri.



( Pemain terbaik lelaki dan wanita - Mohd Yusri dan Ms. Yap. )

Bagi yang lain mungkin inilah masanya kita melupakan seketika tentang kerja kerja yang tak pernah habis dan berlambak lambak menantikan kita dipejabat saban hari....

Dan mungkin jugak masa nilah kita dapat berkumpul bersama, bercerita dan mengeratkan hubungan yang sedia ada....



( Inilah diantara ritikkan peristiwa semasa pertandingan tu,.. )





( Bermacam macam ragam boleh dilihat..... )





( Bermacam gayah boleh diperhatikan.... Lihatlah )





Apa apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjayakan projet ini, Dan terima kasih kerana sama sama sudi menjadikannya satu kenyataan. Tanpa anda semua sapalah saya.

Terkadang tu tak perlu berdiam saja kena jugak ambil kisah....!!

Yang sering tak dikisahkan....
ShAh, 07, 07, 2012.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails