Bowling Day for Segambut Branch.
Dah lama jugak tak main bowling nie, sejak kena Relief Pool ni, asyik bertukar branch sekejap kesana sekejap kesini, macam tak cukup masa pulak untuk diri sendiri, selalunya boleh dikatakan setiap minggu terutama hari rabu malam khamis, aku akan pergi main bowling terutamanya kat Selayang Mall, tetapi sejak akhir akhir ni aktiviti aktiviti sebegini semakin tak mampu dilakukan.....
Bila kekawan terutama di Maybank Segambut nie beriya iya mengajagak kenapa tidak, seronok jugak, disamping boleh bermain dapat jugak mengeratkan silatulrahim sesama kita..... walau pun diketika tu agak kelam kabut kena menguruskan kesemuannya dan dimasa yang sama nak bermain jugak tetapi aku cukup seronok dan berpuas hati.... walau pun tak menang apa apa.
( Ditempat Pertama - Kumpulan Yusri )
Sebenarnya kemenangan tu bukanlah perkara utama, kemenangan itu boleh dinilai dari banyak sudut dan dari pandangan masing masing, pengertiannya cukup luas bagi seseorang. Terpulang pada individu tu sendiri.
Kemenangan buat diri ku bukanlah sebuah piala mahu pun pingat, kemenangan bagi diri ku adalah kerana aku berjaya melaksanakan dan mengumpulkan semua staff untuk menyertai permainan ini, kepuasan bagi ku bila semuanya berjalan lancar dan berjaya. Bukan kerja mudah untuk mengumpulkan semua orang dalam satu masa satu ketika... kerana masing masing punya hal hal tersendiri.
( Pemain terbaik lelaki dan wanita - Mohd Yusri dan Ms. Yap. )
Bagi yang lain mungkin inilah masanya kita melupakan seketika tentang kerja kerja yang tak pernah habis dan berlambak lambak menantikan kita dipejabat saban hari....
Dan mungkin jugak masa nilah kita dapat berkumpul bersama, bercerita dan mengeratkan hubungan yang sedia ada....
( Inilah diantara ritikkan peristiwa semasa pertandingan tu,.. )
( Bermacam macam ragam boleh dilihat..... )
( Bermacam gayah boleh diperhatikan.... Lihatlah )
Apa apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjayakan projet ini, Dan terima kasih kerana sama sama sudi menjadikannya satu kenyataan. Tanpa anda semua sapalah saya.
Terkadang tu tak perlu berdiam saja kena jugak ambil kisah....!!
Yang sering tak dikisahkan....
ShAh, 07, 07, 2012.