Wednesday, 31 March 2010

Kereta baru?, siapa punya...?


Cuba perhatikan betul betul.... number pendaftaran ini... anda pasti??, entah! saya tak pasti... tapi disekitar Maybank Jinjang ni rasa rasanya tak pernah kita lihat Number pendaftaran kereta ini lagi... Ini pastinya kereta baru... Apa kata kita TERJAH? untuk cari siapalah tuan punyanya.

Puas jeguk, puas intai... rupa rupanya tuan punya kenderaan ini masih lagi bertapa kat dalam kereta tu, tak tahu apa muskilnya hinggakan jurucamera yang tak bertauliah ni datang pun dia buat dek.. aja, masih dialam mimpi agaknya.... Dalam Kereta barulah katakan..* Tak percaya tenguklah sendiri.


Sayang sungguh kat kereta nampaknya.... kereta barulah katakan, kalau dikhabarkan kat dia mesti katanya... Abg ShAh jelouslah tu..... Tapi ada aku kisah!, apa apa pun tahniahlah kan Ain dah beli kereta baru, hati hati memandu tu, jangan ikutkan sangat panas baran... muda muda lagi dah baran... esok esok kalau dah ada pakwa mahu rentung dibuatnya, apakan tidak nak melayan kerenah Ain pun dah setengah mati..... Sabar ajalah!!.


Ingatkan ambil cuti ada hal tergempar, rupa rupanya kita yang tergempar, datang datang aja pandu kereta baru.... bersinar sinar.., nasib baiklah dah bukan pelastik bungkus bangku kalau tak jadilah macam seorang lagi kawan kita tu... dah melancung keliling KL pun tapi pelastik tak tanggal tanggal lagi... itu sayang gila namanya.



Puh yooo!!! siap dengan "sun glass" lagi, artis jinjanglah katakan.... punyalah seronok dapat pandu kereta baru, dah kat parking pun tak nak turun turun lagi ke?...


Kalau anda semua nak tahu inilah wajah sebenar pemilik mutlak WTR 1190. Agak agaknya bilalah Ain nak pelawa Abg ShAh naik kereta Ain ni....., nak tanya malu, nak cakap segan... hai! tenguk ajalah.
Tapi yang pastinya kekawan, kita semua kenalah datang awal sikit dari selalu, apa ke tidaknya.... kereta makin banyak, tempat parking banyak tu jugak.... so siapa cepat dia dapat, kalau tak kenalah cari parking kat belakang belakang, tak pun disinun... bawah pokok yang kadang kadang ngeri bila hujan lebat, takut takut pokok besar itu pulak yang parking kat atas kereta kita.

Kereta baru ke, kereta lama ke.... kereta jugak.
Ada aku kisah ke....???

ShAh31032010.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails