Thursday, 1 April 2010

Sehari selepas 2 tahun d'Jinjang.



Orang tua tua sering berkata dalam gembira ada duka, dalam seronok akan hilang tawa, inilah yang terjadi.... petang tu bila pulang dari kerja, ku khabarkan pada isteri tersayang, dalam diam tak diam dah 2 tahun ku disini, agak agaknyalah sampai pencen kut saya disini. Tapi itu semua hilang entah kemana bila disebelah malam pabila ku membuka Email Maybank, sesuatu yang diluar dugaan ku.......,


Terkejut!.... cukup sedih tak terlahir dengan kata kata..., pabila membacanya, macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Nak tak nak terpaksa menerimanya, diketika ini terasa diri terasing, buntu tak tahu apa harus dilakukan, macam macam persoalan berlagu dikepala, pertama sekali kenapa kena "Transfer" yek, aku ada buat apa apa salah ke...? Rasa rasanya tak ada, tak tahulah kalau ada orang yang memang nak cari kesalahanku, nak cari pasal...! (manalah tahu kut kut ada orang macam tu) maklumlah aku kan yang paling "hemsen" kat sini.

Apa apa pun mengikut arahan Email tu, nak tak nak aku kenalah melapurkan diri kat Maybank Jalan Maktab pada 5 April 2010, rupa rupanya aku cuma 'attachment basis' aja kat tempat tu, macam kena pinjam ajalah, tapi tak tahulah untuk berapa lama!! itu pun setelah ku terima email kedua ini, semalam......'

Setelah berfikir sebanyak yang boleh, merenung sedalam yang nampak, aku rasa aku patut pergi.... cuba... tak cuba mana kita tahu, ya tak? Walau apapun atau dimana pun kerja tetap kerja, rezeki tetapi dicari, kewajipan perlu didahulukan....


Apa apa pun,...... Ada aku kisah keee!!!!!!!!!!
ShAh01042010.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails