Inilah bangunan Wisma Felda yang didalamnya menepatkan "Maybank Jalan Maktab", kalau diperhatikan betul betul, orang luar tak kan tahu yang didalam bangunan inilah terdapat satu satunya cawangan Maybank, yang tak mempunya papan tanda diluarnya.
Mula mula menerima arahan perpindahan keJalan Maktab ni, terfikir juga..., kat bahagian mana terletaknya Pejabat Maybank ni, setelah puas berpusing pusing disekitar jalan Gurney, aku pun dengan gaya macho ku, bertanyalah kat pengawal keselamatan yang bertugas berhampiran dewan yang masa tu tak ku tahu namanya yang pasti cukup bulat bentuknya... cantik juga ya! So abang guard tu pun tunjukkkanlah dimana terletaknya bangunan Maybank ni.
Sebenarnya kalau diikutkan nama dah tentu tentu ia terletak dijalan Maktab, rupa rupanya tak, nama aja Maybank Jalan Maktab, yang sebenarnya diJalan Perumahan Gurney....da!!!
Walau bagaimana pun, aku cukup bersyukur setelah 5 hari ku di Mj Maktab, rasa rasanya tak lah payah sangat mensesuaikan diri.... boleh tahanlah bagi orang baru macam ku ni. Kat cini pun teman teman cukup membantu... taklah terasa terasing sangat cuma, En Mazli aja kadang kadang nasihatnya kalau diterima pakai boleh bunuh diri dibuatnya.
Apa apapun terima kasihlah teman teman walau pun terpaksa dalam rela, menerima kehadiran saya di Mj Maktab ni, namun saya cukup berterima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan, bersyukur saya kerana diberikan peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru yang belum saya ketahui sebelumnya...
Terima kasih....
Terkadang tu kita kena ambil tahu.... Walaupun orang lain tak kisah pun.
ShAh,05052010.