Saturday, 5 May 2012

Friendships Day'2012 - III



Nie haa..., orang paling kecoh dapat hadiah, ari tu terasa sangat dia kerja maybank, pakai baju kuning tuuu... mula mula ingat dapat towel mandi, sebab bergulung bulat pulak tu....kalau takpun mesti makanan sebab selalu sangat mengadu lapar nakkan makanan, asyik asyik lapar aja..... ( tak sedar sedar tu.... badan dah macam beruang kutup...hahaha )


Cantik kan bila dah bukak pembalutnya, macam macam corak ada teruja lak, seronok sangat sangat, merahhh... pulak tu.... jangan marah...


So isinya inilah, tima kasih In, Abg shah suka sangat sangat, cantik!!! sayang lak nak pakai... ingat nak letak dalam almari perhiasan, nak buat kenangan dari In kat Segambut Branch... cantik tak? cantik kan. Tima kasih In....

Tang minah yang macam anak korea nie, lain lak citernya....senyum dia dari pagi lagi tak habis habis bila nampak nama dia kat bag kertas biru tu....mula mula tu bukan main lagi seronoknya nak dapat hadiah, tak sabar sabar nak tahu apa hadiahnya....


Sekali bila dah dapat, dah bukak hadiah tu, elok puteh comel wajah tu terus bertukar merah dah tak kenal lagi yang tu Yumi ke sape..... Hahaha... Sapelah yang sanggup wat cam tu... nak tahu apa didalamnya... hahah "sayur sawi" aja. ( Tak sanggup rasenya nak letak gambar Yumi masa dia dapat sayur tu )


Sebenarnya Yumi dapat sehelai selindang sutera korea warna merah, yang sayur sawi tu, saja saja ja sebab Yumikan suka sangat makan sayur, apa apa sayur, sikit sikit sayur...eh payah jugak nak cari jodoh nie, nie kena cari tauke sayur atau pekebun sayur aja... barulah senang sangat sangat...Hammm.


Tiga malam ku mencari mu, tiga malam hati ku sunyi.... dimanakah dikau sayang, ku inginkan segera kau datang....tapi??? tapi ini bukan lagu tiga malam daaaa.

Ini adalah kisah tiga gadis, tiga dara pinggitan, rupa rupanya kat Segambut branch ini ramai yang tak tahu tersimpan suatu penyeri yang tak ada di branch branch lain.... yang istemewanya .....istemewa ke??? yang istemewanya ketiga tiganya masih lagi belum berpunya, masih belum ada calun yang terpilih, masih tak tahu nak pilih yang macam maner kalau diberi pilihan, pulak tu berkerja sama sama, satu floor, duduk dekat dekat...opp sama sama.... boleh dikatakan selalunya kalau mereka bersama macam mekar serumpunlah....elok aja selongok...hahah (Macam cendawan tumbuh lepas hujan...Comel aja)

So kalau ada yang berkenan atau pun kalau ada yang teringin nak mencari calun pilihan, tak pun nak cuba cuba line clear ke tak... bolehlah cuba cuba.... manalah tahu....berkenan lak.... Sesusai sangat sangat.... Amin.


Kekadang tu kita sering terlupa apa yang ada didepan mata..
Itu pasallah Aku sering kisah.....

ShAh 12052012, 9.00pm.


Friendships Day'2012 - II


Mari kita kenali sape mereka dan apa mereka dapat.....
ni yang seronok nie!!!!




Yang nie Mr Alan "our Boss" - Branch Manager, yang saya tahu dia dapat peralatan eletrik, soket untuk pluq pelbagai guna. Berguna tu...



Disebelah kiri tu Ms Hong, our ABM dia dapat lampu meja untuk study, dan yang comel ini Amiza, ape name glemournya..... opp!!!! tak boleh bagitahu, dapat bahan bahan mencucikan diri.... cam nie wangilah selalu yaa....hahaha..



Yang dapat gelang nie kak Nisa namanya, yang tengah menayangkan baju purple tu Nurul, sebenarnya dia tengah fikir tu - betul ke size nie...., agak agaknya muat tak?? Cuba kita fikir fikirkan bersama...



Si Emma ni pulak setiap kali ambil gambar mesti pejam mata, sorilah nie aja pilihannya, yang pasti Emma dapat minyak wangi, Gambar tengah nie pulak, dah selalu dipanggil adik so dapat bearlah tu, comelnya....nak jugak...hehehe dan yang dengan tali laher berwarna pink tu..... saya ulang sekali lagi "warna pink tu"..... En Rashidan kita, dia antara lelaki harapan masa kini, pas nie mesti hamsen habislah.... Hahahaha



Untuk tukang karut kita nie, ( Khai ) dapat tempat letak berus gigi dengan rokok... nie yang tak puas hati nie, ada ke patut berikan dia rokok.. Bro kena kurangkan hisap rokok, nanti tak ada orang nak mengarut pagi pagi tau.... hai...sapelah yang tergamak nie...tak patut tak patut... Si Faezal nie lak, dapat sehelai T shirt berwarna biru... ok tu...



Tersenyum lebar Ms Yap dapat Pen, takpa boleh guna, dan sian kat VJ, agak agaknya subang yang dia dapat tu berat sangat kut, tu pasal sampai senget kepala dia.



Salam Kak Nona, dapat cawan yeh..... cantik tu, sesuai dengan kakak, kakak kan berjiwa muda... tak kisahkan.... Dan yang berbaju kurung hijau nie.. Hariyati atau selalu dipanggil Yati, dah dua tahun berturut turut dapat bag...., macam ada yang dah berkenan aja....
(
Terima ajalah )



Senyum sunguh sunguh Yusri dapat hadiah tu, tapi sebenarnya saya tak tahu apa yang dia dapat, dan Yumi pulak dapat sehelai selindang korea berwarna merah....tetapi sebenarnya ada cerita lain sebelum tu... nantikan cerita seterusnya.... tungguuu!!!



In (Rahinah) dengan Fauzi, dapat hadiah mereka disebelah pagi, sebabnya disebelah petang acara nie berlangsung mereka berdua tiada di office, ada meeting, so tak tahulah mereka dapat apa yek!!... tapi nak tahu jugak.... agak agaknya apa yek??



Terima kasihlah kepada yang memberi, bersyukurlah pada yang menerimanya, Kan semua dah dapat tu, siap ada yang dah pakai pun, cayalah....!!! seronok kan? kan??





Nak tahu apa yang saya dapat??... so kalau nak tahu tunggu kat
Friendship Day'2012 - III yeh!!


Ada aku kisah apa aku dapat...
Sebenarnya Aku kisah kerana aku suka sangat....
ShAh, 07hb May 2012.





Friday, 4 May 2012

Friendships Day'2012.



Ceria dengan hadiah masing masing, seronok kan?....tetiba aja dapat hadiah, inilah hakikatnya kalau sering bersepakat.... nak dengan tak nak aja, kalau nak tu, buat apa pun pastinya seronok.

Sebenarnya tak payah maner pun kalau nak buat orang disekeliling kita suka dan seronok, kalau kita boleh buat kepada orang yang tersayang lagilah bagus, kekadang tu kita tak terfikir langsung melakukannya walaupun dengan hanya sebuah pemberian kecil....

Rasenya ini adalah acara pertama untuk tahun nie, terutama dibranch nie.... harap harap akan ada lagi pelbagai acara seumpanya... tak sabar menanti..

Secara peribadi, saya cukup seronok dan berterima kasih kerana saya jugak diberi kesempatan menyertainya...nak tahu apa saya dapat tungulah...hehehe.



Dengan persetujuan bersama, maka telah diadakanlah acara ini - acara tukar barang macam dulu dulu pulak, ketika manusia masih belum mengenali mata wang.... sebenarnya acara ini lebih kepada mengeratkan lagi siratuirahim diantara kakitangan, yang seronoknya kita tak tahu apa yang dihadiahkan oleh kawan kawan untuk kita.....pada saya ini lebih kepada sumbangan peribadi dan keikhlasan masing masing.....

Sebenarnya harga sesuatu hadiah taklah penting sangat yang penting keikhlasan walaupun telah ditetapkan sebanyak 10 ringgit setiap satu namun dari pemerhatian ku boleh dikatakan semua hadiah hadiah ini melebih dari harga yang ditetapkan..... syukur diatas keikhlasan anda semua.... Semuga dimurahkan rezeki hendaknya.



Inilah antara wajah wajah yang akan kita tatap setiap hari berkerja, lebih 10jam sehari, lima hari seminggu, 26hari sebulan dan sepanjang tahun kalau kita masih jugak belum di "Transfer kemana maner.... suka atau tidak.... jumpa, tenguk, tatap dan tanggung ajalah....

Bagi ku, aku tumpang bahagia kalau kamu semua bahagia,

Walaupun kekadang macam aku tak kisah aja....

ShAh, 07hb May 2012.


Sunday, 11 March 2012

MAYBANK SEGAMBUT SSC.




Tiga Bulan Telah Berlalu (Dari 8hb February'2012)

Masa terlalu cepat berlalu, kalau difikirkan pernahkah kita terfikir nak menghitung setiap detik tu, manerkan tidaknya, pejam celik pejam celik, tahu tahu masa tu dah pun lama berlalu, dan kita sering membiarkannya dan hampir kesemua diantara kita mengatakan biarkan dulu dalam soal masa nie...... Jawapan yang sering kita luahkan "nantilah kejap", "kejap lagilah" dan lain lain, namun tahukah kita semua dalam nanti kejap tulah ia membawa kepada 1jam, 1hari, 1minggu, 1bulan malahan bertahun tahun, dan kita masih jugak dengan jawap "nantilah kejap".... Yang pasti hendak dengan tidak masa masih juga meninggalkan kita, walaupun dengan kiraan saatnya dan kita masih dialpakan, masih jugak cam tu.... masih tak berubah masih juga seperti dulu.


8hb Febuary'2012 yang lalu bermulanya hari pertama ku di MBB Segambut Branch, dan hingga ke ari ini dah hampir tiga bulan rupa rupanya, namun kalau dikenangkan kembali ketika menerima arah untuk ke tempat nie, mungkin ramai yang tak percaya, jauh disudut hati macam macam persoalan timbul, berbagai bagai andaian tercipta diruang fikiran ku, takut ada serta resah gelisah silih berganti...namun, ku kuatkan hati dan perasaan ini, aku sepatutnya berfikiran positif. Sebenarnya aku pernah datang kesini sekali dulu sebelum ini, tetapi hanya untuk sehari aja pada 11.01.2012, tetapi kali ini berbeza... arahan yang diterima untuk aku berkerja dalam waktu yang agak lama dan arahan itu pulak tak memberitahu bila tarikh terakhir... apa orang kata "Until Further Notice", lebih kurang cam tulah... mungkin boleh jadi Seminggu, Sebulan ataupun Setahun, manerlah tahu, tapi walau bagaimanapun tanggungjawap mesti diteruskan, walau apa pun keadaannya.



Namun aku cukup bersyukur, setelah hampir lebih tiga bulan disini, kehadiran ku cukup disenangi, ( itupun pada pandangan ku aja, tak tahulah kalau ada disebaliknya), kita ni kan manusia rambut aja sama hitam hati lain lain..... Dan bagi diri ku sendiri, aku cukup senang berkerja disini, rakan rakan sekerja tidak berkira membantu dan menolong ku sepanjang masa, tak terasa asing langsung....mungkin mula mula tu memanglah agak terasing jugak namun, bagi diri ku..."Ada...... aku kisah???". Masaalah???, mana mana pun ada masaalah, kat sini. kat off sendiri, kat maner maner pun, kita tak dapat lari dari masaalah, jalan terbaik kita patut berani menghadapinya, itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikannya.

Cawangan ini taklah terlalu besar, ianya terletak ditengah tengah kawasan perindustrian, maksudku ia berada ditenggah tengah kawasan kilang, kat sini dikelilingi kebanyakkannya pusat pengedaran alat alat ganti kenderaan, cuma ada beberapa kedai servics kenderaan, pengedaran makan beku dan beberapa kilang kilang kecil yang aku sendiri tak tahu kilang apa.

Tentang kakitangan disini, maksud ku dicawangan ni, ada cina, melayu dan india, untuk cuti perayaan rasa rasanya tak ada masaalahlah. Terasa seronoknya dapat kembali berkerja seperti dulu dulu seperti lebih kurang 10tahun yang lalu ketika berkerja di Menara Maybank, berkerja dengan bukan keseluruahannya melayu, ada banyak kelebihannya bila berkerja dengan bukan hanya kakitangan melayu atau cina aja..... Cuma kita kenalah sedar rasa tidak puas hati tu kat mana mana pun ada, terpulang kepada individu itu sendiri...


Apa apa pun aku ingin menyucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran ku dalam kominiti kamu semua (untuk semua kakitangan Mbb Segambut), sesungguhnya bukan senang orang nak menerima orang asing dalam keluarga mereka... Syukur Alhamdulilah.

Oklah nanti akan ku ceritakan lagi, ada banyak yang akan ku ceritakan....pasti seronok.... Nantikan cerita seterusnya...tungguuuu...!!


Bagi diri ku "Dimana pun aku bekerja Ada Aku Kisah????"
Janji ada kerja kan kan???
ShAh 06hb May 2012.

Sunday, 22 January 2012

Year of 2012.



Salam untuk semua dan Selamat tahun baru 2012.

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012, semuga tahun ini memberi cukup erti buat anda semua, diam tak diam dah hampir setengah bulan memasuki tahun baru nie, nampak macam biasa aja, macam tak ada apa apa perubahan pun... mungkin rasa masih ditahun lalu agaknya......

Sudah terlalu lama saya tak menulis diruangan ini, rasa rindu teramat sangat, sebenarnya banyak yang nak saya kongsikan bersama anda yang sudi membaca ruangan saya nie, namun sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dengan kerja yang sering bertukar tukar dari satu branch ke satu branch yang lain, namun dia cukup menyeronokkan, kerana disamping itu saya dapat mengenali ramai orang, ramai kenalan baru, sebenarnya kita nie dikatakan aja bekerja dalam satu kumpulan satu group namun terkadang tu kita tak mengenali langsung diantara satu sama lain, bila dah berjumpa bertegur sapa rupa rupanya barulah kita tahu yang jiran terdekat kita sebenarnya berkerja satu group dengan kita..... cuma kita aja yang tak tahu dan tak ambil tahu..... hai kecil sangat dunia nie rupa rupanya.

Baiklah....., Di tahun baru ni rupa rupanya, dalam diam tak diam sebenarnya kita telah dijegah seusia lagi, seharusnyalah kita memusabahkan diri yang masa masa berharga kita sudah tidak cukup banyak lagi, pernahkah kita terfikir....sudah banyakkah amalan kita yang mahu dibawa, sudah cukupkah harta yang mahu kita tinggalkan, sudahkah kita fikirkan apa yang akan terjadi setelah kita tiada nanti dengan orang orang yang kita tinggalkan..... bahagiakah mereka atau sekadar sengsara yang mampu kita tinggalkan???.

Selalunyalah kita sering terlupa, bila menjelmanya tahun baru kita sering bertekad atau pun berazam untuk berubah dan meningkatkan taraf hidup kita, tetapi apa yang sering kita lakukan, kita masih juga seperti tahun tahun yang lepas hanya pandai berazam sedangkan azam tu sendiri terkadang kita tak tahu pengertiannya.... Yang masih kita lakukan, mencari salah orang sebagai bahan untuk ditetawakan, bangga dengan kegagalan orang lain, sering mencari keburukan orang untuk diumpat dikeji, tak segan silu bercerita aib orang seolah olah satu cerita yang patut diketahui umum..... Macam radio bergerak pulak yeee!!!!

Pernahkah kita terfikir, apa yang kita lakukan itu cukup berbaloi, dan memberi maafaat kepada orang, setidak tidaknya pada diri sendiri.... Pernahkah kita cermen diri sendiri sebelum mencermenkan orang lain???? Dah cukup sempurnakah diri kita untuk menegur orang lain???? Apakah kita sudah cukup berpengalaman untuk menasihati orang???? Fikir fikir....!!!!

Dalam kehidupan masyarakat melayu, mahu tidak mahu kita tak dapat lari dari dihantui perasaan harsad dengki.... apa kata orang sekarang "PHD", selalunya mereka mereka nie sering aja mencari kesalahan, keburukkan dan kepingcangan orang lain, kalau niat baik untuk memperbetulkan keadaan takpa, tetapi selalunya macam tikus membaiki labu, bukan makin elok makin propranda dibuatnya adalah.

Jadi nasihat saya yang tak berapa bijak nie, berubahlah!! cermenlah diri sendiri dulu sebelum memandai mandai mencermenkan orang lain, lihatlah diri sendiri dulu sebelum memperkatakan orang lain, perhatikanlah keluarga sendiri dulu sebelum mahu memperbetulkan keluarga orang lain, Dan yang paling penting muhasabah diri, banyakkanlah amalan, lebih berkerja dan kurangkan bercakap... amin.



Sebenar kerana aku kisahlah aku menulis nie.....
ShAh, 24hb January 2012.


Monday, 21 March 2011

Black Scorpion3299 - Part 1.



Sudah hampir dua bulan kereta kesayangan ku ini tak berbasuh sebenarnya, akhirnya pada 20hb March yang lalu tak tahu macam aku terpandu kereta ni ke tempat "Wash Car" yang sebenarnya terletak terlalu hampir dengan rumah, kalau dikirakan jaraknya hanya beberapa ela aja... cuma diketika itu tahap malas ku terlalu mengunung agaknya kerana tulah kereta ni didera secukupnya.... agak agaknya kalau dia pandai bercakap mahu nipis cuping telinga ni, pandai pakai, pandai pandu aja.... hinggakan nak tentukan warnanya pun tak tahu.... nak dikatakan hijau silver dah tak ada rupa, lebih kepada kelabu adalah... nak pandang luar pun dah tak berapa nampak.... kesihannya dia.... Nasiblah dapat tuan macam ni ya?? (Siap boleh tulis tu... dah boleh buat papan hitam....)








Bila dah terbasuh ni nampak comel pulak... terserlah warna asalnya, tulah manusia ni.. kata saja menyayangi sesuatu tapi terkadang tu terlalu alpa dengan apa yang kita sayangi malahan tak memperdulikan apa yang kita sayangi.... (Sayang aja tapi tak kasih pun...).



Bagaimana pun aku tetap sayang kereta ni, terlalu banyak kenangan terlalu banyak memori dengan kereta ni.... Dulu nak memandu seminggu sekali agak payah jugaklah, almaklumlah asyik menunggang RXZ Scorpion, masa tu cukup selesa menunggang motor lagi pun terasa cepat dan pantas, tapi bila terserempak dengan satu kemalangan sepasang remaja tahun lepas di jalan kuching, itu membuat aku mengenal erti takut, membuat aku lebih insaf, membuatkan aku mengerti terlalu banyak bahaya yang mengundang bila menunggang motor berkuasa tinggi ni..., Perlu banyak berhati hati... berwaspada selalu... Opp!! itu sebenarnya untuk diri sendiri....

Oklah nantikan pulak apa yang istemewanya Black Scorpion3299 ni.

Bila tiada kita tercari cari, bila ada kita tak kisah pun..

ShAh, 27hb March 2011. 9.40am.



Monday, 14 March 2011

My Princess...Now..!!

Dulu..! comelnya dia berambut lurus panjang, suka pakai baju yang berwarna terang tapi bukan warna pink, suka pakai bedak banyak banyak, kalau kena cium akan nagis takut bedaknya habis, masa tu nak bergaya tak tahu langsung, simpan rambut panjang pun kerana ayahnya yang mahukan..... tapi sekarang tenguklah sendiri...


Dah macam artiskan?, Hai....!! tak tahulah mengikut sapa, kalau nak dikatakan mengikut emaknya, secalit gincu pun tak ada dibibirnya, pasal mekap mekap ni Mamanya tak pernah ambil peduli...., tak pernah ambil part langsung "orang kata, tak rugi duitlah" untuk dia nak memilih, mahupun membeli mekap, kalau fikirkan sekali untung jugak, tapi bila fikirkan dua kali rugi banyak dibuatnya.... mana taknya, kalau Mamanya mekap tak beli langsung, tapi Puteri macam macam, sampai kadang kadang kita sama kena ambil tahu jenama apa, dari mana? bagaimana nak memakainya.... Apa gunanya...? Apa taknya kalau nak memilih dan membeli mekap Ayahnya nilah yang diseret kesana kemari....Mamanya malas nak melayan..."tak pakai mekaplah katakan".

Apa apapun cukup seronok dan bahagia melihat dia membesar didepan mata, kalau dulu sibuk dengan gaya rambutnya ( panjangnya hingga keparas lutut...) masa kecil kecil dulu, kalau nak berjalan kat sejam menyikat rambutnya, namun akhirnya terpaksa membenarkan rambutnya dipotong mengikut sesuka hatinya itupun setelah dia lulus dengan cemerlang at SPM masa tu, pintanya cuma nak potong rambut ikut kemahuannya, tapi kini bersiap aja lebih dari tu....

Cuma yang masih tak berubah dari dulu hingga sekarang, dia masih suka bergaya dan suka ambil gambar, seingat saya sejak umurnya 2tahun, sejak dia mula tahu apa itu camera agaknya sejak itulah dia mula suka bergaya, kemana aja pasti bergambar.. Bergambar..... Bergambar.....

Dan sekarang ni, dizaman yang semakin maju dengan kegunaan IT semakin meluas, nak ambil gambar dah tak payah mengunakan camera, dengan handphone pun boleh.... lagilah..!! Fikirlah sendiri...!!

Kadang kadang tu malas nak ambil kisah pun...bila dia mula bergaya depan camera..!!


Sapa kata orang lelaki tak perlu ambil kisah yaaaaa????
ShAh 19hb March'2011.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails