Saturday, 26 June 2010

Bowling Zone Setapak 2010



Invitation - Bowling Tournament Zone Setapak 2010.
26hb June 2010,
10.00 a.m
Selayang Mall.

Bunyinya seronok bukan main!!.. Almaklumlah dah agak lama jugak tak main bowling ni.... rasa rasanyalah, kali terakhir bermain tu kat "Brem Mall Kepong", itupun setahun setengah yang lalu, manakan tidaknya nak main bowling sorang sorang bosan jugak, asyik asyik kita, pastu kita, kita jugak... penat tu..!





Bila dapat tahu ada bowling Tournament ni, semangat tu mulalah, nak dikatakan teruja sangat tu tak adalah, setakat nak main main, seronok seronok sendiri,, kira boleh!.... lah!. Tapi nak menawarkan diri tu malu lak... nanti orang kata "hidung tak mancung pipi pulak tersorong sorong" Tetapi setelah beberapa hari ( 2 minggu sebenarnya ) masih lagi kedengaran Puan Fathiah tertanya tanya kesana kesini siapa nak "join team", hasilnya masih jugakkkk....., cam tu, tak ada pun orang yang sudi menawarkan diri. Nak dikatakan tak ada yang berkelayakan, rasa rasanya pernah terpandang pulak susunan hadiah hadiah yang dimenangi...... boleh dikatakan "teror" tu. Tapi sunyi aja. Kasihan Puan Fathiah...., So akhirnya inilah yang dikatakan "team" bidan terjun (sebenarnya aku pun tak paham kenapa bidan terjun perlu dikaitkan dalam pemasaalahan ni) kalau dicongak conggak mungkin boleh menang... tapi harapppppp ajalah.., ya!


Cam na? ok tak team ni.... "Team GLAM tu". Dan yang sorang lagi tu tak tahu nak diletakkan di posisi apa.... nak dikatakan Jurulatih... tak ada pengalaman pun.... tapi "KHSS...kut" opp sorry.. salah ya!!!!


Puh yooo, Glamour tu, macam artis.... kang silap silap tak sempat nak baling bola asyik nak sain autograf aja, maklumlah ramai peminat (perasan!!). Apa apa pun saya mengucapkan ribuan terimakasihlah kepada rakan rakan kita, terutama Puan Ros, Hafis dan Yati. Setidak tidaknya orang tak boleh kata yang branch Mj Maktab tak ada wakil (pantang undur sebelum berjuang).



Stratige hafis nak melemahkan lawan ( atas ) dan aksi aksi "star" disekitar Tournement..!






Cukup meriah.... nak lagi...??






Seronok wa cakap lu.... walaupun tournement ni taklah diketegorikan 5 star, namun bagi kita yang berkerja dari jam tujuh empat puluh lima pagi (lebih kurang) dan pulang jam enam tujuh malam kekadang tu hingga sembilan sepuluh malam, apa lagi yang boleh mengembirakan diri kita... kalau dah diri kita sendiri tak mampu nak digembirakan apatah lagi nak mengembirakan orang lagi.... jawapnya jangan haraplah!!..

Dan lagi satu, selalunya kita lihat rakan rakan kita saja yang begitu serius menjalankan tugas/kerja namun selalukah kita dapat melihat ZM kita - Encik Azman sesibuk ini???...




Apa apa pun Abg ShAh selaku "Team Captain Glam" mengucapkan ribuan terima kasih teristimewa buat satu satunya penyokong setia kami "Nik Nurul Husna Binti" apa yet?... Hafis tolong!!! (tang ni yang aku lemah ni) sorry Husna tak tahu nama ayah kamu. Dari mula hinggalah kepenghujung balingan terakhir, nak tahu? tak henti henti menberi sorakkan yang tak berbelah bagi terutama bila "tut..." buat balingan, opp! sorry. Tenguklah kesihakan?? Apa apa pun terima kasihlah Husna, kalau tak, tak kan adalah penyokong kami agaknya.




Dan ini puteriku "Puteri Nurul Ain Shaida" yang turut memberikan sokongan buat team Glam, thank my sweet hart...!


Tapi kalau dilihat betul betul macam pencatat jumlah score' aja!





Biasalah anak ayah ni, pantang jumpa Camera.... postnya mengalahkan model antarabangsa, kalau adalah model yang terpandang sure sure.... nagis punya.. tak dapat cari makan...!




Keputusan keseluruhanya taklah teruk sangat bagi kami yang team bidan terjun ni, cuma tak main betul betul aja!! (malas nak tunjuk skil) target kami cuma nak kalahkan team ni aja.....

Team from MBB Jinjang...



Oklah tu, tercapai jugak impain kami....





Walaupun kita orang kat line 24, tapi dalam top 10 tu...... Orang melayu kata boleh tahahlah.. kalau macam ni lain kali tak malulah untuk bermain bowling lagi. MJ Maktab.. Cayuk!!



Waktu rehat ketika menunggu keputusan..


Waktu rehat ketika meracun diri.... ok jugak tu!!

Dan Akhirnya....

Biasalah makan time, Habis pun dah pukul 2 petang, tunggu cabutan bertuah "hampas" bukan kata dapat sipi sipi pun tak ada, tak apalah. Asal asalnya, kak Aishah kata nak buat mee kari, mengikut perancangan kena serbu rumah dialah!, tapi apakan daya.... rancangan tergendala (macam rancangan TV masa dulu dulu pulak - Rancangan Tergendala Sebentar) so.... biasalah Abang ShAh kan?, bukan kauorang tak tahu, pasal makan dan pemakanan kan dua perkara yang tak boleh dibezakan, tak boleh dipisahkan... menyelira aja!



Ham...! macamana ada selera ka??






Ribuan terima kasihlah, kerana sudi menjejaki kaki keteratak saya, serta sudi menjamu selera dengan apa yang ada ( Seadanya ). Kata orang dari tiada baik ada.... akhirnya dapat jugak makan Mee kari walaupun bukan kat umah Kak Aisah ya..!

And yang ni... No Komen...!



Nampak mesraaa aja... Opp lupa - "KHSS"..,
Amin...! kalau ada jodoh apa salahnya...


Tak sungguh tak melata... peduli apa orang kata, sebab tulah abang shah selalu kata biar sakit dimata jangan sakit dihati, kekadang tu kita perlu pedulikan apa orang kata... Orang orang ini selalunya lupa nak gosok gigi itu sebabnya cakap ikut sesedap rasa aja, walau pun kekadang tu tak ada perasa pun... Opp!! apa cerita lak ni... sorry da!!, sudah cerita lain ha!

Oklah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Team Glam kerna telah berjaya membawa satu memori yang mungkin tak akan kita lupakan sampai bila bila, selalunya kenangan itu tak memerlukan wang ringgit cuma perlukan sedikit pengorbanan lepas tu cuba cubalah menghargainya.

Terima kasih "GLAM"
( Pn.Ros, Hafis, Yati and Husna )

Terkadang tu sesuatu yang terlalu kecil yang sering kita lupakan
adalah sesuatu yang amat berharga buat diri kita,
Kenalah kita kisah selalu ya....!
ShAh26June2010.


Sunday, 23 May 2010

Facade

Helloooooooooooooooooo
Hari ini ( 23hb May 2010 ) macam lupa diri pulak....
mana ke tidaknya.... selalu selalunya hari hari minggu begini kalau tak keluar menonton atau ke kedai buku - MPH terutamanya untuk mencari Novel novel terbaru untuk dibaca, dah tentulah bertapa depan tv menimati gosip gosip yang dihidangkan, selalunyalah dalam rancangan rancangan yang digemari semua. Alaaaa... rancangan yang ala ala mengupat dan lebih mengata tu, tapi itulah yang sering diminati disukai semua, namun percayalah sesungguhnya diketika ini aku dengan Hafis dah pun terpacak didepan office Mj Maktab..... Apa kejadahnya. "Facade........ lah!"

Terkezzut... beb! memang tak percaya macam hari berkerja lak.... sibuknya macam ramai sangat pelanggan yang tengah buat urusan..... namun disebalik itu tersirat rasa bangga... Dalam kepayahan ibu ibu kita terutama nak menjaga kebajikan keluarga terutama dihujung minggu begini, masing masing masih rela mencurahkan keringat untuk sesuatu yang dikira teramat penting buat kita semua terutama buat Maybank Jalan Maktab. Apa apa pun bersyukur dan ribuan terima kasih buat anda anda semua yang telah berjaya membuktikan bahawa sesuatu itu tak mustahil untuk dilakukan jika kita ingin melakukannya.... "Hendak dengan tak nak aja...." kalau dah tak nak tu macam macam alasan boleh kita berikan..... "Betul tak Encik Mazli kita ya....???"


Tak percaya?, lihatlah kesungguhnya mereka......,

Yang penting..... Kerjaa, samaaa....!!!

Inilah diantara hasil hasil yang boleh dibanggakan. ( Perasan...!)

Walaupun keindahannya tak terserlah, sikit sikit kesenian tu adalah, almaklumlah kerjatangan orang lelaki, kurang lebih afdallah..... nak kata cantik tu tak adalah sangat, bolehlah kalau nak dibangga.... ( Ampulah diri sendiri, nak orang puji harappp ajalah.....!).



Walau bagaimanapun terima kasihlah pada semua yang menjayakan "Facade" ataupun dengan ertikata lain "gotongroyonglah" dalam membersih dan mencorakindahkan office kita. Sungguh tak percaya kalau dilihat pada senarai kehadiran, yang kata tak boleh datang pagi pagi dengan masaalah itu dan ini, tapi orang orang itulah yang boleh diharapkan...., sikap seperti tulah yang boleh dibanggakan.... ni tak asyik nak berkira aja kalau pasal kerja, kang orang berkira balik tahu pulak nak marah.... Opppp sorry dah salah masuk bab lain daaa..




Agak agaknya inilah yang dikatakan, Mesraaaa tapi jauh....!

Inilah ragam manusia, Gadis seksi seberang jalan nampak,
Sebesar besar bas sejengkal depan mata., haram pun tak nampak,
Oppp salah lagi ke...?
Lantalah... Ada aku kisah? yaaaaa?
ShAh23062010


Sunday, 16 May 2010

Sehari bersama Puteriku!




Cuti semesta UiTM telah pun bermula, lebih kurang 3 minggu yang lalu, namun hanya hari ini ( 16hb May 2010 ) barulah ada masa untuk membawa puteri ku keluar jalan jalan. Yang sebenarnya kesihan jugak tengukkannya terperap aja kat umah, Nak minta Mamanya temankan, rasa rasanya buat masa ini tak kan dapat kut, lebih lebih lagi dalam waktu waktu sebegini mamanya pasti sibuk kena kerja termasuklah hari cuti hujung minggu. Tak apalah asalkan puteri seronok abah akan buat apa aja untuk anak abah.

Prancangan awal cuma nak tenguk cerita ini aja.....




Tapi biasalah... kalau dah keluar ke KL ni, macam macam mahu dilihat, walau pun tak mampu dibeli, lagi pun Puteri suka Window Shopping sambil berjalan jalan cari kedai makan yang mungkin memenuhi selera dan lagi satu kegemarannya adalah mengambil gambar, tak kira tempat, walau dimana pun asal ada post yang sesuai pasti ambil gambar, kalau tak di Camera pastinya dihp milik peribadinya. Lihatlah....! Ada gaya model tak?





Dan akhirnya singgahlah kat Low Yat Plaza yang sememangnya terkenal dengan barangan Komputer dan ICT, katanya nak cari tetikus komputer akhirnya inilah hasilnya.....

Penat tu memangnlah penat tapi seronok jugak melayan keranah anak gadisku sorang ni, apa apa pun aku cukup seronok hari ini cuma... mamanya aja yang tak dapat ikut sama..,

Tiada dicari, hilang dirindu... itu isteriku.
Dekat disayang, jauh dinanti.... itu puteriku'
Hai macamni kena kisah selalu...lah ya!!!
ShAh16052010.


Thursday, 13 May 2010

Farewall for Puan Ayu dan Zamri


Yang patah kan tumbuh yang hilangkan kan berganti, itu perpatah orang tua tua, selalunya yang hilang sering ditangisi, yang datang itu dicurigai..... begitulah tanggapan sesetengah orang, saya tak bermaksud menyinggung mana mana pehak, hakikatnya itulah yang sering terjadi dalam masyarakat kita, kata aja berfikiran terbuka, yang terbuka tu bukannya minda, yang lain lainnya?? Yang tak sepatutnya dibuka... betul tak?.


Untuk teman lama, kita sering beranggapan kita telah tahu hati dan budinya, kalau nak dilayan pun perangainya dah boleh diduga, dan orang baru kita tak tahu lagi... entah ok entahkan tidak, namun pernahkah kita terfikir orang yang datang itu pun berfikiran seperti kita juga... bagaimana keadaanya, apakan jadi seterusnya... itulah yang saya rasa diketika itu, Itulah dikatakan payah nak memuaskan hati semua orang, sedangkan hati sendiri pun sering tak puas puas...!

Oklah.... dalam diam tak diam dah hampir dua minggu aku dibranch ini, "so far" oklah... taklah terlalu dipinggirkan. Lagi pun aku nikan jenis tak ambil kisah sangat, kalau orang nak berkawan aku terima, kalau orang tak sudi... "Ada aku Kisah ?".



Untuk "small beautiful memori", majlis ini pun diadakan sempena meraikan perpindahan Kak Ayu keDataran Maybank dan En Zamri keSeremban Negeri Sembilan, Saya mendoakan, walau dimana pun jua mereka ditugaskan/ditempatkan, akan tabah, sabar serta ikhlas dalam apa jua kerja yang dilakukan.


Walaupun kenal baru seminggu, macam mesraaaa selalu.
ShAh28052010.

Hari ke5 d'Mj Maktab.


Tak kenal maka tak cinta, tak cuba kita takkan tahu..... apa apa pun sebelum sesuatu itu dilakukan atau dialami sepenuhnya... usahlah membuat kesimpulan melulu. Melapurkan diri dihari pertama ( 5hb April 2010) disini bukanlah macam hari pertama diMaybank Jinjang, sekurang kurangnya situasinya telah dijangkakan namun debaran tu tetap ada...., sesiapa pun pasti mengalaminya. Almaklumlah nak jumpa rakan sekerja baru, bimbang juga takut takut tak dapat menyesusaikan diri, walau bagaimana pun tak baik buruk sangka... yang penting sekarang kita mesti ikhlas dalam apa jua urusan samaada untuk dunia mahu pun akhirat.

Inilah bangunan Wisma Felda yang didalamnya menepatkan "Maybank Jalan Maktab", kalau diperhatikan betul betul, orang luar tak kan tahu yang didalam bangunan inilah terdapat satu satunya cawangan Maybank, yang tak mempunya papan tanda diluarnya.

Mula mula menerima arahan perpindahan keJalan Maktab ni, terfikir juga..., kat bahagian mana terletaknya Pejabat Maybank ni, setelah puas berpusing pusing disekitar jalan Gurney, aku pun dengan gaya macho ku, bertanyalah kat pengawal keselamatan yang bertugas berhampiran dewan yang masa tu tak ku tahu namanya yang pasti cukup bulat bentuknya... cantik juga ya! So abang guard tu pun tunjukkkanlah dimana terletaknya bangunan Maybank ni.

Sebenarnya kalau diikutkan nama dah tentu tentu ia terletak dijalan Maktab, rupa rupanya tak, nama aja Maybank Jalan Maktab, yang sebenarnya diJalan Perumahan Gurney....da!!!

Walau bagaimana pun, aku cukup bersyukur setelah 5 hari ku di Mj Maktab, rasa rasanya tak lah payah sangat mensesuaikan diri.... boleh tahanlah bagi orang baru macam ku ni. Kat cini pun teman teman cukup membantu... taklah terasa terasing sangat cuma, En Mazli aja kadang kadang nasihatnya kalau diterima pakai boleh bunuh diri dibuatnya.

Apa apapun terima kasihlah teman teman walau pun terpaksa dalam rela, menerima kehadiran saya di Mj Maktab ni, namun saya cukup berterima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan, bersyukur saya kerana diberikan peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru yang belum saya ketahui sebelumnya...

Terima kasih....

Terkadang tu kita kena ambil tahu.... Walaupun orang lain tak kisah pun.
ShAh,05052010.

Thursday, 1 April 2010

Sehari selepas 2 tahun d'Jinjang.



Orang tua tua sering berkata dalam gembira ada duka, dalam seronok akan hilang tawa, inilah yang terjadi.... petang tu bila pulang dari kerja, ku khabarkan pada isteri tersayang, dalam diam tak diam dah 2 tahun ku disini, agak agaknyalah sampai pencen kut saya disini. Tapi itu semua hilang entah kemana bila disebelah malam pabila ku membuka Email Maybank, sesuatu yang diluar dugaan ku.......,


Terkejut!.... cukup sedih tak terlahir dengan kata kata..., pabila membacanya, macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Nak tak nak terpaksa menerimanya, diketika ini terasa diri terasing, buntu tak tahu apa harus dilakukan, macam macam persoalan berlagu dikepala, pertama sekali kenapa kena "Transfer" yek, aku ada buat apa apa salah ke...? Rasa rasanya tak ada, tak tahulah kalau ada orang yang memang nak cari kesalahanku, nak cari pasal...! (manalah tahu kut kut ada orang macam tu) maklumlah aku kan yang paling "hemsen" kat sini.

Apa apa pun mengikut arahan Email tu, nak tak nak aku kenalah melapurkan diri kat Maybank Jalan Maktab pada 5 April 2010, rupa rupanya aku cuma 'attachment basis' aja kat tempat tu, macam kena pinjam ajalah, tapi tak tahulah untuk berapa lama!! itu pun setelah ku terima email kedua ini, semalam......'

Setelah berfikir sebanyak yang boleh, merenung sedalam yang nampak, aku rasa aku patut pergi.... cuba... tak cuba mana kita tahu, ya tak? Walau apapun atau dimana pun kerja tetap kerja, rezeki tetapi dicari, kewajipan perlu didahulukan....


Apa apa pun,...... Ada aku kisah keee!!!!!!!!!!
ShAh01042010.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails