Sunday, 16 May 2010

Sehari bersama Puteriku!




Cuti semesta UiTM telah pun bermula, lebih kurang 3 minggu yang lalu, namun hanya hari ini ( 16hb May 2010 ) barulah ada masa untuk membawa puteri ku keluar jalan jalan. Yang sebenarnya kesihan jugak tengukkannya terperap aja kat umah, Nak minta Mamanya temankan, rasa rasanya buat masa ini tak kan dapat kut, lebih lebih lagi dalam waktu waktu sebegini mamanya pasti sibuk kena kerja termasuklah hari cuti hujung minggu. Tak apalah asalkan puteri seronok abah akan buat apa aja untuk anak abah.

Prancangan awal cuma nak tenguk cerita ini aja.....




Tapi biasalah... kalau dah keluar ke KL ni, macam macam mahu dilihat, walau pun tak mampu dibeli, lagi pun Puteri suka Window Shopping sambil berjalan jalan cari kedai makan yang mungkin memenuhi selera dan lagi satu kegemarannya adalah mengambil gambar, tak kira tempat, walau dimana pun asal ada post yang sesuai pasti ambil gambar, kalau tak di Camera pastinya dihp milik peribadinya. Lihatlah....! Ada gaya model tak?





Dan akhirnya singgahlah kat Low Yat Plaza yang sememangnya terkenal dengan barangan Komputer dan ICT, katanya nak cari tetikus komputer akhirnya inilah hasilnya.....

Penat tu memangnlah penat tapi seronok jugak melayan keranah anak gadisku sorang ni, apa apa pun aku cukup seronok hari ini cuma... mamanya aja yang tak dapat ikut sama..,

Tiada dicari, hilang dirindu... itu isteriku.
Dekat disayang, jauh dinanti.... itu puteriku'
Hai macamni kena kisah selalu...lah ya!!!
ShAh16052010.


Thursday, 13 May 2010

Farewall for Puan Ayu dan Zamri


Yang patah kan tumbuh yang hilangkan kan berganti, itu perpatah orang tua tua, selalunya yang hilang sering ditangisi, yang datang itu dicurigai..... begitulah tanggapan sesetengah orang, saya tak bermaksud menyinggung mana mana pehak, hakikatnya itulah yang sering terjadi dalam masyarakat kita, kata aja berfikiran terbuka, yang terbuka tu bukannya minda, yang lain lainnya?? Yang tak sepatutnya dibuka... betul tak?.


Untuk teman lama, kita sering beranggapan kita telah tahu hati dan budinya, kalau nak dilayan pun perangainya dah boleh diduga, dan orang baru kita tak tahu lagi... entah ok entahkan tidak, namun pernahkah kita terfikir orang yang datang itu pun berfikiran seperti kita juga... bagaimana keadaanya, apakan jadi seterusnya... itulah yang saya rasa diketika itu, Itulah dikatakan payah nak memuaskan hati semua orang, sedangkan hati sendiri pun sering tak puas puas...!

Oklah.... dalam diam tak diam dah hampir dua minggu aku dibranch ini, "so far" oklah... taklah terlalu dipinggirkan. Lagi pun aku nikan jenis tak ambil kisah sangat, kalau orang nak berkawan aku terima, kalau orang tak sudi... "Ada aku Kisah ?".



Untuk "small beautiful memori", majlis ini pun diadakan sempena meraikan perpindahan Kak Ayu keDataran Maybank dan En Zamri keSeremban Negeri Sembilan, Saya mendoakan, walau dimana pun jua mereka ditugaskan/ditempatkan, akan tabah, sabar serta ikhlas dalam apa jua kerja yang dilakukan.


Walaupun kenal baru seminggu, macam mesraaaa selalu.
ShAh28052010.

Hari ke5 d'Mj Maktab.


Tak kenal maka tak cinta, tak cuba kita takkan tahu..... apa apa pun sebelum sesuatu itu dilakukan atau dialami sepenuhnya... usahlah membuat kesimpulan melulu. Melapurkan diri dihari pertama ( 5hb April 2010) disini bukanlah macam hari pertama diMaybank Jinjang, sekurang kurangnya situasinya telah dijangkakan namun debaran tu tetap ada...., sesiapa pun pasti mengalaminya. Almaklumlah nak jumpa rakan sekerja baru, bimbang juga takut takut tak dapat menyesusaikan diri, walau bagaimana pun tak baik buruk sangka... yang penting sekarang kita mesti ikhlas dalam apa jua urusan samaada untuk dunia mahu pun akhirat.

Inilah bangunan Wisma Felda yang didalamnya menepatkan "Maybank Jalan Maktab", kalau diperhatikan betul betul, orang luar tak kan tahu yang didalam bangunan inilah terdapat satu satunya cawangan Maybank, yang tak mempunya papan tanda diluarnya.

Mula mula menerima arahan perpindahan keJalan Maktab ni, terfikir juga..., kat bahagian mana terletaknya Pejabat Maybank ni, setelah puas berpusing pusing disekitar jalan Gurney, aku pun dengan gaya macho ku, bertanyalah kat pengawal keselamatan yang bertugas berhampiran dewan yang masa tu tak ku tahu namanya yang pasti cukup bulat bentuknya... cantik juga ya! So abang guard tu pun tunjukkkanlah dimana terletaknya bangunan Maybank ni.

Sebenarnya kalau diikutkan nama dah tentu tentu ia terletak dijalan Maktab, rupa rupanya tak, nama aja Maybank Jalan Maktab, yang sebenarnya diJalan Perumahan Gurney....da!!!

Walau bagaimana pun, aku cukup bersyukur setelah 5 hari ku di Mj Maktab, rasa rasanya tak lah payah sangat mensesuaikan diri.... boleh tahanlah bagi orang baru macam ku ni. Kat cini pun teman teman cukup membantu... taklah terasa terasing sangat cuma, En Mazli aja kadang kadang nasihatnya kalau diterima pakai boleh bunuh diri dibuatnya.

Apa apapun terima kasihlah teman teman walau pun terpaksa dalam rela, menerima kehadiran saya di Mj Maktab ni, namun saya cukup berterima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan, bersyukur saya kerana diberikan peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru yang belum saya ketahui sebelumnya...

Terima kasih....

Terkadang tu kita kena ambil tahu.... Walaupun orang lain tak kisah pun.
ShAh,05052010.

Thursday, 1 April 2010

Sehari selepas 2 tahun d'Jinjang.



Orang tua tua sering berkata dalam gembira ada duka, dalam seronok akan hilang tawa, inilah yang terjadi.... petang tu bila pulang dari kerja, ku khabarkan pada isteri tersayang, dalam diam tak diam dah 2 tahun ku disini, agak agaknyalah sampai pencen kut saya disini. Tapi itu semua hilang entah kemana bila disebelah malam pabila ku membuka Email Maybank, sesuatu yang diluar dugaan ku.......,


Terkejut!.... cukup sedih tak terlahir dengan kata kata..., pabila membacanya, macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Nak tak nak terpaksa menerimanya, diketika ini terasa diri terasing, buntu tak tahu apa harus dilakukan, macam macam persoalan berlagu dikepala, pertama sekali kenapa kena "Transfer" yek, aku ada buat apa apa salah ke...? Rasa rasanya tak ada, tak tahulah kalau ada orang yang memang nak cari kesalahanku, nak cari pasal...! (manalah tahu kut kut ada orang macam tu) maklumlah aku kan yang paling "hemsen" kat sini.

Apa apa pun mengikut arahan Email tu, nak tak nak aku kenalah melapurkan diri kat Maybank Jalan Maktab pada 5 April 2010, rupa rupanya aku cuma 'attachment basis' aja kat tempat tu, macam kena pinjam ajalah, tapi tak tahulah untuk berapa lama!! itu pun setelah ku terima email kedua ini, semalam......'

Setelah berfikir sebanyak yang boleh, merenung sedalam yang nampak, aku rasa aku patut pergi.... cuba... tak cuba mana kita tahu, ya tak? Walau apapun atau dimana pun kerja tetap kerja, rezeki tetapi dicari, kewajipan perlu didahulukan....


Apa apa pun,...... Ada aku kisah keee!!!!!!!!!!
ShAh01042010.





Wednesday, 31 March 2010

Kereta baru?, siapa punya...?


Cuba perhatikan betul betul.... number pendaftaran ini... anda pasti??, entah! saya tak pasti... tapi disekitar Maybank Jinjang ni rasa rasanya tak pernah kita lihat Number pendaftaran kereta ini lagi... Ini pastinya kereta baru... Apa kata kita TERJAH? untuk cari siapalah tuan punyanya.

Puas jeguk, puas intai... rupa rupanya tuan punya kenderaan ini masih lagi bertapa kat dalam kereta tu, tak tahu apa muskilnya hinggakan jurucamera yang tak bertauliah ni datang pun dia buat dek.. aja, masih dialam mimpi agaknya.... Dalam Kereta barulah katakan..* Tak percaya tenguklah sendiri.


Sayang sungguh kat kereta nampaknya.... kereta barulah katakan, kalau dikhabarkan kat dia mesti katanya... Abg ShAh jelouslah tu..... Tapi ada aku kisah!, apa apa pun tahniahlah kan Ain dah beli kereta baru, hati hati memandu tu, jangan ikutkan sangat panas baran... muda muda lagi dah baran... esok esok kalau dah ada pakwa mahu rentung dibuatnya, apakan tidak nak melayan kerenah Ain pun dah setengah mati..... Sabar ajalah!!.


Ingatkan ambil cuti ada hal tergempar, rupa rupanya kita yang tergempar, datang datang aja pandu kereta baru.... bersinar sinar.., nasib baiklah dah bukan pelastik bungkus bangku kalau tak jadilah macam seorang lagi kawan kita tu... dah melancung keliling KL pun tapi pelastik tak tanggal tanggal lagi... itu sayang gila namanya.



Puh yooo!!! siap dengan "sun glass" lagi, artis jinjanglah katakan.... punyalah seronok dapat pandu kereta baru, dah kat parking pun tak nak turun turun lagi ke?...


Kalau anda semua nak tahu inilah wajah sebenar pemilik mutlak WTR 1190. Agak agaknya bilalah Ain nak pelawa Abg ShAh naik kereta Ain ni....., nak tanya malu, nak cakap segan... hai! tenguk ajalah.
Tapi yang pastinya kekawan, kita semua kenalah datang awal sikit dari selalu, apa ke tidaknya.... kereta makin banyak, tempat parking banyak tu jugak.... so siapa cepat dia dapat, kalau tak kenalah cari parking kat belakang belakang, tak pun disinun... bawah pokok yang kadang kadang ngeri bila hujan lebat, takut takut pokok besar itu pulak yang parking kat atas kereta kita.

Kereta baru ke, kereta lama ke.... kereta jugak.
Ada aku kisah ke....???

ShAh31032010.

Saturday, 27 March 2010

2 tahun ku d'Jinjang.




Diam tak diam genap 2 tahun ku di Maybank Jinjang, macam tak percaya lak.... masa mula mula nak datang kat tempat ni macam macam andaiyan, macam macam tanggapan tumbuh macam cendawan kat dalam kepala lu ni.... maklumlah selama 17tahun kerja kat Main Office (Menara Maybank Jalan Pudu) cukup berbeza...... bukan hanya dengan tempat sekeliling, termasuk juga bidang kerja dan juga rakan rakan...... Mula mula tu tertanya tanya jugak boleh ke aku buat semuanya itu, sebab sebelumnya ramai kawan kawan kata kerja kat branch ni susah kena buat itu kena buat ini, tapi kalau tak buat kerja - kenapa mintak kerja kan?. So dengan rela hati yang setengah setengah rela sebenarnya,.. aku pun datanglah ke Maybank Jinjang ni...puh!!! kejutan budaya betullah.... manakan tidaknya rutin pagi biasanya kena bukak Email cari info... ini kena masuk "board room" ingatkan kena masuk meeting sekali rupa rupanya... kena dengar "morning brifing", selalunya di Head Office, kalau masuk board room dah tentu tentu kena belasah punya. Mana tak cuak kawan!!!!!...



Rupa rupanya kerja kat branch banyak betul cabarannya, bukan sekadar kerjanya dari mula nak datang sini pun dan terduga sepenuhnya, manakan tidak dapat surat transfer jumaat 20hb Mac'2008, hari Isnin 23hb Mac'2008 kena lapurdiri jam 8.45 kat tempat ini, masa tu kalau sebut aja Jinjang tak tergambar dimanalah letaknya.... walau pun sering berulang alik dari KL ke Selayang (tempat tinggalku) tapi kearah Jinjang, Kepong ni asing sungguh... maklumlah nak kearah ni tak ada keperluan sebenarnya..... so bila dah sampai kat cini kenalah sesuaikan diri.... kata orang "Jalan aja sama tapi arah lain lain"....??.

Tetapi Alhamdulilah, setidak tidaknya tanggapan ku sebelum ni cukup menyimpang jauh, taklah terasing sangat disini.... cuma ketika tu, tak tahu nak mulakan kerja dimana, nak bertanya pada siapa kerna masing masing terus aja sibuk (atau buat buat sibuk) lepas keluar aja dari "board room" ataupun mereka fikir apa nak diajar situa ni... dalam usia 4siri ni patutnya kena buat kerja yang hanya menanti tarikh pencen aja, namun aku cukup bersyukur kerna diketika itu Arwah Siti Surahyu... sudi menunjuk ku sedikit sebanyak.... ku doakan semuga rohnya ditempat bersama sama mereka yang dirahmati, diberkati... amin.


Selepas tu barulah aku mengenali bagaimana gelombang dan arusnya, suka duka, senyun tawa... berkerja dibranch ni..... apa apa pun ku berterima kasih kepada rakan rakan yang tak jemu jemu mengajar ku, walau pun ada ketikanya aku saja saja tanya sedangkan jawapannya telah sedia maklum.... "saja nak mengadalah tu..." seronok tenguk Ain.. menjerit nota abg shah mana??? Terima kasih " Anis, Malar, Pah dan taklupa pakar rujukan saya... Vas yang tak pernah bersungut walau apa pun ditanya... terima kasih banyak banyak... "Oder ajalah nak minum apa abg shah belanja, tak da hal punya", macam pernah dengar aja perkataan tu.

23hb March 2008 satu lagi tarikh yang akan menjadi linkaran sejarah buat saya. Hai.... Jinjang... Jinjang..!!!.

Kekadang apa yang kita kisah tulah yang seringnya orang tak kisah.

ShAh23032010.

Friday, 26 March 2010

Motorsikal RXZ Scorpionku

6 pagi, 26 Mac 2010, pagi ini macam selalu, macam semalam dan kelmarin.... bangun tidur dengan penuh semangat, fikir untuk ketempat kerja yang semestinya meredah kesesakkan lalulintas, tapi kalau tiada kesesakkan lalulintas itu pelik.... bukan KL namanya....namun dalam kesibukan mengejar masa yang tersisa.... ini pula yang terjadi......


Dalam kekalutan mengemas diri, rupa rupanya ada orang lain yang sudi sudi mengemas pagar ku yang begitu canggih ni.... hai Malaun manalah yang suka buat kerja tak bergaji ni....?


Tungga langgang aku dibuatnya.... apa ketidaknya pagar yang setingggi 8 kaki, yang beratnya mengalahkan lori 1tan.... senang senang aja di kopaknya.... ni kalau aku dapat orang yang murah hati buat pagar ku begitu aku kopak kopak kepala dia.... dahlah tu tak pasal pasal poket ini jugak yang kopak.... hai!!!.. Duit lagi..


Macamanalah dia orang ni boleh terfikir Sekreatif ini.... ni kalau masuk sukan Olimpik, kalau tidak pun Sukma.... dah tentu acara angkat berat dan baling tukul besi, tak ada orang yang boleh mencabarnya..... Tercabar adalah...


Ha....!!! nak tahu ! inilah punca terbesar kenapa pagar Canggih ku dikopak sesudah subuh ari ni.. tujuan utama mereka nak kebas motorsikal scorpionku ini.....



Kita punyalah jaga, siap letak depan rumah macam simpan kat garas kereta, kereta pun kita tak selimutkan, ini siap selimut baik baik takut kesejukan bila hujan.... dia orang ni dengan sesuka hati makbapak yang mengajar setengah mati..."Agaknya".. pakat nak reban macam harta dia aja.... Macamanalah... tak hilang sabar...


Nasib baiklah dia orang cuma sempat rosakkan kunci kat depan ni aja.... yang lain lain.... alhamdullilah masih boleh diharap... tapi itu pun Duit lagi....! itu tak termasuk kerosakkan pada pintu pagar ni.... tenguklah besi yang sekeras ni pun boleh dipatahkannya.... tangan besi ke? dia orang ni....!!

Walau apa pun yang berlaku kalau dah perangai, atau kata orang kalau dah hobi mereka macam tu payah nak diajar.... bagi kita susah, takut nak buat macam tu.... tapi pada mereka ini peluang terbaik..... kalau dapat untung, kalau kena tangkap makan free kat lokap..... paling teruk kena belasah.... kalau tak pun setengah mati le.... yang penting ambillah iktibar dari apa yang telah terjadi pada saya.... malang tak berbau, yang berbau yang mati dalam kemalangan....!!!


Sebenarnya bukan saya nak menasihatkan sesiapa, saya cuma nak mengingatkan diri sendiri... tentang kejadian seperti ini sering kita dengar, tapi kita tak mahu ambil peduli.... kekadang tu cerita cerita seperti ni macam bualan makcik makcik masa membeli sayur kat lori kecil yang datang dari rumah ke rumah.... lepas tu bila masing masing balik kerumah.... iktibar yang sepatutnya diambil... dibiarkan begitu saja... terus lupa.

Lagi pun motorsikal seperti ini sering kita dengar dicuri orang.... sehari tak kurang 5 kes kecurian seperti ini (maklumat yang saya dapat dari Insp polis yang saya temui ketika membuat lapuran), tapi yang sebetulnya.... Dalam usia sesenja seperti saya ni tak sepatutnya masih menunggang motorsikal selagak orang muda.... almaklumlah dah 4 siri.... kerana itu agaknya Tuhan nak sedarkan saya....

Sepatutnya saya lebih kisah.......
ShAh,26032010.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails